Want your
own Fotopage?










































 


By: Kak Lin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 27-Feb-2008 16:42 Email | Share | Bookmark
Masakanku Untukmu Sayang!! - Episod 18

 
 
Assalamualaikum

Untuk Pengetahuan Semua Di Pejabat Kak Leen Memang Ramai Pelajar-Pelajar Daripada UiTM Menjalani Latihan Amali. Setiap 6 Bulan Sekali Silih Berganti....Mereka Semua Rapat Dengan Keluarga Kak Leen...Salah Seorang Daripada Bekas Pelajar Ni Berasal Daripada Jeli, Kelantan. Namanya Ahmad Asfuddin Tapi Kak Leen Panggil Dia Abe....Macam Tulah Dia Bahasakan Diri Dia. Sebulan Yang Lepas Abe Ada Pergi Ke Johor Bahru....Balik Daripada Johor Bahru Abe Singgah Di Segamat Dan Tidur Di Rumah Kak Leen. Pada Keesokkan Harinya Sebelum Abe Balik Ke Kelantan....Dia Meronda-ronda Jumpa Kawan-Kawan Di Segamat Ni....Bila Abe Balik Kerumah Kak Leen Dia Bawa Ikan Sungai Salai....Katanya Ada Seorang Kakak Tu Bagi Kat Abe. Selebihnya Dia Bawa Balik Ke Kelantan. Tapi Masa Tu Kat Rumah Kak Leen Dah Siap Masak Jadinya Terlewatlah Sedikit Memasak Ikan Salai Ni.

Dua Tiga Hari Lepas Tu Mak Kak Leen Datang Kerumah Kak Leen....Mak Kata Ikan Ni Sedap Masak Lemak Dengan Pisang Bakar...Masa Kak Leen Balik Dari Pejabat Kononnya Nak Masaklah Ikan Salai Tu..... Rupa-rupanya Mak Kak Leen Dah Siap Masakan.....Alhamdulilah....Terima Kasih Mak....Terima Kasih.....Budimu Sungguh Tak Ternilai. Masakan Mak Sememangnya Sedap Itulah Yang Kak Leen Tak Boleh Tahan!


Jom!! Jeling-Jeling Masakan Kak Leen


Inilah Ikan Sungai Salai Yang Mak Kak Leen Masak





Bahan-Bahan

8 Ekor Ikan Sungai Salai
5 Biji Pisang Bakar - Di Potong Dan Di Rebus
1/2 Inci Kunyit Hidup
2 Ulas Bawang Putih
6 Ulas Bawang Merah
10 Biji Cili Padi
1 Bungkus Santan Pekat
- Air Secukupnya
- Garam

Cara Menyediakannya:-

Pisang Di Rebus Hingga Empuk. Kemudian Tapis Dan Masukkan Ke Dalam Periuk Bersama Dengan Ikan Salai.

Tumbuk Kunyit, Cili Padi, Bawang Merah Dan Bawang Putih. Masukkan Kedalam Periuk. Kemudian Masukkan Pula Pati Santan Dan Air Secukupnya Serta Garam. Masak Sehingga Mendidih.

P/s: Mak Kak Leen Guna Santan Pekat Yang Di Jual Di Pasar.





Kebetulan Kat Rumah Tu Ada Daging Dan Sedikit Tulang...Kak Leen Terfikir Pulak Nak Masak Singgang Daging....Kebetulan Pulak Kak Jie-Jie Ada Resepinya....Inilah Singgang Daging Resepi Daripada KakJie-Jie Terima Kasih Kak Jie-Jie Kak Leen Tak Dapat Nak Balas Apa2 Kecuali Allah Sajer Yg Dapat Membalasnya

Daging Masak Singgang - Sumber KakJie-Jie




Bahan-Bahan:-

½ Kilo Daging(Dihiris Nipis), Sedikit Tulang, Sedikit Daging Berlemak.
8 Ulas Bawang Merah~Dimayang
5 Ulas Bawang Putih~Dimayang
2 Inci Halia~Dimayang
1 ½ Inci Lengkuas~Dimayang
Sejemput Ketumbar Biji~Ditumbuk Separuh Lumat
6 Biji Cili Kering~Dipotong,Dibersihkan Dan Direndam Dengan Air Panas.
Sedikit Gula Manisan/Gula Melaka( Lebih Kurang 1/2 Keping)
1 Keping Asam Keping Gelugur.
Garam Secukup Rasa
Air Untuk Kuah.

Cara Membuatnya:-

Tenggekkan Periuk Berisi Air Anggaran Cukup Untuk Daging 1/2 Kilo Di Atas Api. Masukkan Bahan2 Yang Dimayang, Ketumbar, Asam Keping, Daging, Tulang Dan Daging Berlemak.

Biarkan Kuah Mendidih Sehingga Daging Dan Tulang Empuk. Masukkan Cili Yang Telah Direndam, Garam Dan Gula Melaka. Biarkan Semua Bahan Mesra. Rasai Garamnya Dan Bolehlah Diangkat.




Ingatkan Kak Leen Terlepas Daripada Kena Tag.... Rupa-Rupanya Tidak... Inilah Jawapan Tag Yang Telah Kak Leen Terima Daripada Izan Dan CikWan Kak Leen Nak Ucapkan Terima Kasih Pada Cik Wan Kerana Terfikir Untuk Tag Kak Leen....Untuk Izan Pula Walaupun Dia Tak Listkan Nama Kak Leen Tapi Dia Kata Sapa2 Yang Masuk Fotopages Dia Silakan Jawab....Jadinya Kak Leen Mengambil Kesempatan Kat Sini Untuk Menjawabnya Kalau Ada Yang Tak Kena Dengan Jawapan Yang Di Berikan Kak Leen Minta Ampun Dan Maaf



Quote:
1 Name one person who made you laugh last night?
Haji Rosli…..Suami Tersayang

2. What were you doing at 0800?
Bersiap-bersiap Untuk Ke Pejabat

3. What were you doing 30 minutes ago?
Solat Maghrib

4. What happened to you in 2006?
Semua Kenangan Manis

5. What was the last thing you said out loud?
Tak Pernah Menjerit…Org Perempuan Tak Boleh Meninggikan Suara

6. How many beverages did you have today?
2 Kali Jer….Jaga Badan….Hahahaha

7. What color is your hairbrush?
Hitam

8. What was the last thing you paid for?
Maybank2u…..Personal Insurance

9. Where were you last night?
Kat Rumah Ler..Tgh Jawab Tag

10. What color is your front door?
Kelabu

11. Where do you keep your change?
Tempat2 Yg Menenangkan Fikiran

12. What's the weather like today?
Panas 35 darjah C

13. What's the best ice-cream flavor?
Vanilla

14. What excites you?
Bila Masak Sedap, Bila Menjahit Siap

15. Do you want to cut your hair?
Nantilaaa….

16. Are you over the age of 25?
Yer

17. Do you talk a lot?
Bergantung Pada Keadaan

18. Do you watch the O.C.?
Tiada

19. Do you know anyone named Steven?
Tiada

20. Do you make up your own words?
Tiada

21. Are you a jealous person?
Cemburu Dengan Suami Jer…Tanda Sayang

22. Name a friend whose name starts with the letter 'A'.
Ahmad Baktiar Rakan Sekolah

23. Name a friend whose name starts with the letter 'K'.
Tiada

24. Who's the first person on your received call list?
Suami Tersayang Laaa….Sapa Lagi….

25. What does the last text message you received say?
Tanda Nokta Lah…Hehehehehe

26. Do you chew on your straw?
Tiada

27. Do you have curly hair?
Tiada

28. Where's the next place you're going to?
Kelas Tuisyen – Ambil Anak

29. Who's the rudest person in your life?
Tiada

30. What was the last thing you ate?
Nasi

31. Will you get married in the future?
Cukuplah Abangku Seorang Yg Pertama Dan Terakhir

32. What's the best movie you've seen in the past 2 weeks?
Tiada

33. Is there anyone you like right now?
Keluarga

34. When was the last time you did the dishes?
6.30 Petang

35. Are you currently depressed?
Tiada

36. Did you cry today?
Tiada

37. Why did you answer and post this?
Sajer Suka-Suka.

38. Tag 5 people who would do this survey.
Kak Leen Tak Nak Tag Sapa2



Most recent comments... (In posting order)
assalamualaikum
alahai kak leen...masuk umah mama nengok ada asa rebus...masuk sini ada masak lemak ikan sungai dgn pisang muda. tho saya tak makan ikan sungai, tapi pisang muda masak lemak sedapnya kak. terigt masakan mak ngah saya. kalo masa pisang muda lemak ni mesti ada cendawan kukus....haisehhh lapa la
Wed 27-Feb-2008 21:51
Posted by:anna  - [Link]
Pergh.....................................Ikan Salai Masak Lemak Dgn Pisang tu is one of my favourite Kak Leen, lamo dah tak makan kak leen.....................arwah mak tok yang rajin buat camtu...................

Anyway Kak Leen.............................WELCOME BACK...........................miss your comment....................and MISS U TOO!!!!!!
Komen Kak Leen kali ni memang best laaa..........sebab irama nya kena dgn tajuk entry saya tu...................Thankiu Kak Leen............

Tok terhenti seketika sebab bila Kak Leen bagitau yang Kak Leen takde nak gi Johor tu................tok pun jadi tak semangat nak berkarya,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,sebab sumber "INSPIRASI" tak de nak komen....................hhahahahahahahahaah

Thankiu for the being my most supportive FP friend................................................Cheers.
Thu 28-Feb-2008 01:11
Posted by:tokjanggut1961 azam61pd@yahoo.com  - [Link]
sedai ikan salai masak lemak tu kak leen Thu 28-Feb-2008 07:06
Posted by:apple  - [Link]
salam kakleen,
1st time fliffy dgr ikan salai lemak pisang...hehehe\"
mesti sedap....fliffy penah buat singgang daging tuh
tp daging x brape empuk...hahaha so tak umpphh
heheheheeh....bestla baca catatan kakleen....solehah nye [ilike]
Thu 28-Feb-2008 07:19
Posted by:fliffy
Terima kasih Kak Leen kerana berkongsi resepi, auntie
simpan resepi ini, nanti kalau auntie balik kampung, boleh cuba
nampak sungguh menyelerakan
Thu 28-Feb-2008 08:07
Posted by:umi-kal  - [Link]
best nye ade org masakkan.untuk za xde? Thu 28-Feb-2008 08:34
Posted by:za  - [Link]
ikan salai dgn pisang masak lemak mmg sodap..lebih2 lagi mak yg masak..
daging salai dgn cendawan tekukur pon sodaapp..
Kak Leen singgang daging ye, sy singgang ikan..
Thu 28-Feb-2008 08:50
Posted by:srsfeqah  - [Link]
Sedapnya ikan salai masak dgn pisang muda... Dah lama betul tak makan gulai pisang muda gini...untung k.Leen, mak tlg masakkan resepi bonda nikan... Daging singgang mmg sedap...tak puas mkn rasanya... Thu 28-Feb-2008 09:11
Posted by:mamasya mamasya22@yahoo.com  - [Link]
ish kak leen ni..buat saya terliur je..ni yang buat saya tak sabar2 nak balik malaysia ni..nak makan makanan ibonda terchenta..hehehe..ala..belom tertinggal berberapa batu lagi..sempat kejar lagi..hehe. Thu 28-Feb-2008 10:19
Posted by:::arrembawi::  - [Link]
salam kak leen,betuahnyer ader mak tolong masakkan..musti sedap sangat tu..tu laaa cikwan pon dah teringat masakan mak nih.. dah jawab tag tu...sungguh sopan sekali ..hihihiiiii..jangan marah..gurau2.. Thu 28-Feb-2008 13:18
Posted by:cikwan
Uik, masak ikan sungai ngan pisang muda tu memang sedappp. Ini mcm cara orang jawa je masak. Biasanya dia orang guna ikan tilapia kan kak leen? Akak rasa kak leen dah pass buat singgang daging tu, kalau dibiarkan kuah tu direneh lama lagi sedap kak leen.
Re: akak dah hidang dah masak tempoyak tongsan tu, jomle makannnn.
Thu 28-Feb-2008 16:37
Posted by:kak jie jie  - [Link]
sedap ikan salai masak lemak nie kak leen,,,bestnya ada mak tolong masakkan,,,sememangnya masakan mak tiada tandingannya Thu 28-Feb-2008 17:29
Posted by:Ida Natrah ida_natrah@yahoo.com  - [Link]
Bertuahlaaaaah sesapa yg menjadi kesayangan KakLeen ni...Sampai ke hujung hayatlah jawabnya episode "Masakan Untukmu Sayang" ni..
Nampak sedap ikan salai tu. Tak pernah lagi rasa.
Re : Kak Leen, tepung serbaguna itu adalah tepung gandum juga. Tak payah susah-susah cari.. Kalau tak pun, kat supermarket sekarng ni NONA ada jual bnyk jenis tepung termasuk tepung kek, tepung high protein, tepung kek dsbnya. Tepung kek tu kalau ada lagi cantik. Kalau Bluekey yg superfine flour tu pun ok lagi. Cream cheese ni selalu ada kat supermarket..kat bahagian sejuk yg selalu ada susu, yogurt, butter, vitagen dan yg sewaktu dgnnya...Selalunya dia berjenama PHILADELPHIA dalam bentuk block 250gm.
Thu 28-Feb-2008 17:31
Posted by:rinnchan  - [Link]
sukanya lauk2 kg ni...untung tetamu...lynn ni kadang-kadang ajer masak...restoren dpn rumah dah macam dapur kedua, siap hantar lagi ke rumah...tu ler kak, cuti sek ni dah berderet order, macam mana nak balik johor...last balik raya puasa ajer...sedara kawin kat BP 9th ni, plan nak hantar tapi husband balik kg mengundi kat perak, melepas lagi Thu 28-Feb-2008 19:23
Posted by:lynnhassan lynnhassan@yahoo.com  - [Link]
kalo saya confirm abis dah lauk tu ... untung org perempuan tau masak nie

fp dh update - "Saya Mengundur Diri Dari Dunia Photography ...."
Thu 28-Feb-2008 19:59
Posted by:++ FarEast ++  - [Link]
Sedapnya ikan salai masak lemak pisang.. cuma Sab tak tahu macam mana rupa ikan salai tu Kak Leen? Ada macam ikan keli ke? Sab punya ilmu pasal ikan memang teruk la.. hehehe.. selalunya Yang yang gi pasar.. dia lebih kenal ikan-ikan ni.. Sab suka masak lemak pisang ni.. suka bangat! Daging singgang tu Sab dah plan nak trymasa tengok kat FP Kak Jie aritu.. tengoklah weekend yang free nanti..

p/s: Alah... jelesnya Mak Kak Leen masakkan.. masakan mak semuanya sedap kan?
Fri 29-Feb-2008 01:48
Posted by:Sabrina  - [Link]
Cara nak simpan ikan - keringkan, salaikan, jerukkan, pekasamkan, budukan, tinkan dan bekukan.Ikan salai memang sedap tetapi jarang2 nak jumpa.Kerjanya renyah. yang mudah bekukan Fri 29-Feb-2008 02:54
Posted by:PEMANCING IKAN  - [Link]
kak leen.. baru ni ma (mak madiha) ada dtg PJ.. sj2 nak dok sini kejap.. seronok sgt.. bila blk keje ma dah siap masak.. sememangnya masak ibu tiada tandingannya
mula2 kak leen sebut pisang bakar.. ingatkan pisang tu kena bakar dulu.. hehehe.. (tak kenal pisang bakar.. nampak mcm pisang nangka aje tu).. madiha pernah mkn gulai ikan salai ni.. masa tu pegi umah akak ipor kat temerloh..(masa tu husband dia bertugas kat sana) jln2 kat pasar mlm temerloh.. cik abang nampak ikan salai terus dibelinya.. dptlah merasa gulai ikan salai yg akak ipor masak.. nak msk sendiri tak reti...
Fri 29-Feb-2008 03:01
Posted by:MaDiHa  - [Link]
x de gambar ikan salai belum masak..... Fri 29-Feb-2008 03:05
Posted by:Layman
salam kakleen,
re: kesian kakleen byk komen tp x kuar ye
kengkadang fp mmg gitu...feninglah !!!
hehehehehe [i dont like]
kite kan dah syok tulis mcm2 dah tulis semula dah x ingat hehehehe
anyway thanks for coming to my little pondok fp
Fri 29-Feb-2008 03:19
Posted by:fliffy
ya ampuns...nih yg kita tak tahan masuk page akak pagi2 nihhh terliur nengok masak ikan salai tuh haa ahaks kita pun ingat pisang tuh kena bakar dulu skali rebus hihihih Fri 29-Feb-2008 03:50
Posted by:kuchai  - [Link]
KakLeen..trus terang g tau..i mmg x penah mkn ikan salai..x tingat pun nak makan..tp tgk masakan KakLeen ini, menggoda sungguh...Nak semangkuk KakLeen!! , i x leh nak masak ikan sungai sbb org dlm rumah sumer eksen..konon allergic la ngan ikan sungai..Nyampahhhh.. Fri 29-Feb-2008 04:14
Posted by:jasmeen  - [Link]
Amboi tok.. suka kalo kak leen 'cuti' dr FP ye.. kang terkejor2 lak kak leen nak komen.. eheh

Masak lemak pisang tu fevret abah sy.. tp sy kureng gemor.. mkn tu mkn la.. hehehe.. Daging msk singgang tu sy lom penah mkn lg.. sedap erk.. hehehe..
Geram je tgk katun lembu kak leen tu joget2.. hahahaa...
Fri 29-Feb-2008 04:17
Posted by:Ezza  - [Link]
Mekasih Kak Leen Sudi Jawab Tag......izan suka yang ini

5. What was the last thing you said out loud?
Tak Pernah Menjerit…Org Perempuan Tak Boleh Meninggikan Suara ..mesti Kak Leen Orangnya yang lemah lembut dan bersopan santunnnnnnnnnnnnnnnn
Fri 29-Feb-2008 04:25
Posted by:izanman  - [Link]
kak leen, sedapnya masak lemak pisangh dengan ikan salai tu... Fri 29-Feb-2008 04:29
Posted by:zatidhati zatidhati2u@yahoo.com  - [Link]
Kak Leen .........izan pun belum pernah makan ikan sungai salai nie........mesti sedap kan....tu lah dari kecik sampai besar dok makan ikan laut je...maklumkan umah keliling laut............dan my mum pun tak penah masak ikan darat nie.... tapi sejak dah kawin nie pandai sikit makan ikan darat/sungai nie.....asben ajarkan Fri 29-Feb-2008 04:32
Posted by:izanman  - [Link]
sedapnyer nyer ikan salai tu..... ikan salai tu lebih kurang cam ikan kering ke kak leen........mmg faveret zana tu....
**** malu ler bila kak leen tanya psl resepi kek coklat kukus tu...... nantiler zana letak erk... lupa plak mana resepinyer..... tp kak leen lagi terror bab masak memasak nie.....
Fri 29-Feb-2008 04:39
Posted by:Zana ~ MamaBatrice zalyn_batrisya@yahoo.com.my  - [Link]
kak leennnnnnnnnnnnnnnnnnn......sedapnyeeeeeeeeeeeeee.... air liur lieya dah meleleh sebaldi nieh....uwaaaaaaa...naaaaak!!! he he he he....ish seb baik jauhlaaaa...kalo lieya nie dok sebelah umah kak leen...memang buat muke tebal jek...dok hulur mangkuk kalo ade bau2 sedap dtg dari dapur umah kak leen....he he he he lain kak leen air tangan org yg baru nak belajar masak cam lieya nie...dengan air tangan org yg dah lame dok dapur ni cam kak leen.....mmg terase sedapnyer.....tgk rupe pun dah menyelerakan...seb baik bukan bulan pose nie kak...kalo tak dah tinggal separuh jek pahale pose....keh keh keh Fri 29-Feb-2008 04:51
Posted by:lieya_latif lieya_latif@yahoo.com  - [Link]
lama dah tak singgah kat fp akak .. veri² sori yer akak leen.. Resepi akak memang menyelerakan.. bagi aku yang tergolong kuat makan ni.. Semuanyer sedap ler.. Fri 29-Feb-2008 05:41
Posted by:fadzlie syahmie12@yahoo.com  - [Link]
alahaiiiiiiiiiiiiii gerenti tambah nasi kalau makan lauk nie Fri 29-Feb-2008 06:22
Posted by:ida isk merpati66@yahoo.com  - [Link]
seperti biasa masakkan kak leen memang mengancam...kalau arwah mak nur suker makan
gulai pisang....tengok hidangan kak leen teringat bonda ku sayang.
Fri 29-Feb-2008 06:49
Posted by:Nur  - [Link]
slm Kak Leen, d' lucky no 1..
sy dh update..
klu..ingat k***k, ingat filem Ali Setan..hehe..
Fri 29-Feb-2008 08:39
Posted by:srsfeqah  - [Link]
Yummyyyy..... rupe² nyer ada gak daging singgang, An ingatkan ikan singgang jer yg ader.... thanx Kak Leen yer shar semua rsipi kat atas tuh.... Nice!!!! Fri 29-Feb-2008 09:59
Posted by:mrsjemain  - [Link]
cayang kak leen sebab tak tag sesiapa.. hehehe.... kak leen, daging singgang ni mmg peberet kami kat umah ni... MIL pun selalu masak... cuma kalau MIL buat, dia letak kunyit hidup yg muda tu sikit & cili kering yg dipotong2.. memang bestla... hingga menjilat jari.. Fri 29-Feb-2008 10:06
Posted by:kamalina  - [Link]
bestnya daging masak singgang...hirup panas..
agar-agar lapis kat bawah tu menarik sekali..nanti naklah cuba..
Fri 29-Feb-2008 11:19
Posted by:masriyah  - [Link]
Kak Leen.. saya mmg suka sangat makan ikan salai...aceli.. lps dah kawin baru saya belajar makan ikan sungai... family saya (asal Trg) mmg tak makan ikan sungai.. yelah.. umah dekat laut ler katakan.. skali kawin ngan org segamat... ikan sungai feberet diorg... terpaksa gak ler belajar makan.. tp skrg ni.. bukan setakat suke makan.. masak ikan sg pun dah boleh dah.. tapi tak ler teror mana... ikut resepi mak mertua ..
teringat 3 bln lepas... hari saya nak flight ke Jepun ni.. mak mertua siap masakkan ikan sungai salai tu utk menantu nyer ni makan puas2.. sungguh terharu diri ini... tak sabar nak balik M'sia ni.. rindu kat anak2, bapak budak dan family.... huhu..
Fri 29-Feb-2008 11:48
Posted by:rozeela  - [Link]
emmmm...sodap ehhhh Fri 29-Feb-2008 13:57
Posted by:rei  - [Link]
ikan salai..first sy dengar,kalu daging biasa ler..buat sy fobia jer kak leen..bunyi ikan salai2 bakar nie ,tp mcm sedap jer..sy mmg tk tolak masakan yg ada seafood nie..
lagi2 klu macth dng pisang...lama tk makan gulai pisang,singgang selalu feberat tuan..
Fri 29-Feb-2008 15:58
Posted by:soulha,cairo  - [Link]
Akum Kak Leen, Sedap2 lah makanan yang Kak Leen bagi kat fotopages nie. Ini nak suruh bini masak macam kak leen ni hehe... Fri 29-Feb-2008 16:23
Posted by:Alexs Azlan azlanumpai@yahoo.com  - [Link]
Sedapnya masak lemak mak Lin ni... Sat 1-Mar-2008 05:41
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
makk oii..sedapnya. Leen mmg suka masakan tradisional la. Kalau sudi jengoklah http://kookiesNkeks.fotopages.com Ada wajik, lasagna, kookies n keks pun ada. Sudi2 la jengok Sat 1-Mar-2008 14:12
Posted by:kookiesNkeks  - [Link]
lapar nye terasa sambil mendengar lagu yg berirama 60an hihhihihih Sat 1-Mar-2008 14:18
Posted by:atoie  - [Link]


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.