 |
|
Want your own Fotopage?

|
|

By: Kak Lin
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Wednesday, 20-Feb-2008 17:51 |
Email | Share | Bookmark |
|
Masakanku Untukmu Sayang!! - Episod 17
|
 |
|
Nasi Ayam
|
|
 |
|
Agar-Agar Dua Lapis
|
|
|
Assalamualaikum....
Untuk Pengetahuan Rakan-Rakan Fotopages..Inilah Tugas Harian Kak Leen Sebagai Seorang Isteri Yang Bekerja. Selepas Solat Subuh Kak Leen Menguruskan Adik Na Untuk Kesekolah. Biasanya Adik Na...Pergi Sekolah Jam 7.45 Pagi...Dan Balik Jam 4.30 Petang. Sekolah Dia Ni Lebih Kurang Macam Sekolah Berasrama....Makan Pagi Dan Tengahari Di Sediakan Oleh Pihak Sekolah. Kak Leen Pulak Pergi Kerja Jam 8.30 Pagi Sebelum Tu Biasanya Sarapan Di Luar Dengan Abang...Kadang-Kadang Jer Buat Sarapan Di Rumah....Tengahari Pula Masing2 Bawa Haluan Sendiri Kak Leen Makan Tengahari Dengan Kawan Sepejabat Sebab Tiap-Tiap Hari Abang Kak Leen Masuk Kerja Jam 12.00 Tengahari Hingga Jam 8.00 Malam....Kak Leen Pula Balik Kerja Jam 5.30 Petang...Sampai Rumah Buat Minum Petang Tengok Apa Yang Ada Mengikut Selera Adik Na Dan Abang...Pejabat Abang Hanya Di Tingkat Bawah Jadi Abang Boleh Naik Untuk Minum Petang Dan Solat Asar. Kalau Perlu Masak Barulah Kak Leen Bersilat Kat Dapur Untuk Mengejar Masa.....Kerana Jam 8.00 Malam Kak Leen Nak Menghantar Adik Na Ke Kelas Tuisyen. Jam 10.00 Malam Baru Adik Na Balik Dari Kelas. Kalau Kami Dah Makan Waktu Petang...Memang Jarang Makan Malam...Kecualilah Kalau Perut Lapar
Biasanya Kak Leen Rajin Memasak Di Hari Cuti Sabtu Dan Ahad...Memang Banyaklah Menu Yang Ada Kat Atas Meja...Dua Minggu Sekali Kak Leen Pergi Ziarah 2 Orang Anak Bujang Kak Leen Di Asrama...Masa Tulah Macam-Macam Bekalan Yang Kak Leen Bawa Untuk Mereka. Kalau Mereka Tahu Kak Leen Nak Datang, Siap Telefon Suruh Masak Apa Yang Mereka Ingin Nak Makan....Sampai Tak Pergi Makan Di Dewan Makan Kerana Menunggu Kak Leen Sampai.....Rasa Simpati Bila Melihat Anak-Anak Yang Tinggal Di Asrama Ni...
Tempohari Masa Kakak Ipar Kak Leen Sekeluarga Berkunjung Kerumah, Kak Leen Hidangkan Nasi Ayam .Kebetulan Pulak Tengahari Tu Kami Sama-Sama Sampai Dari Kampung. Jadi Kalau Masak Nasi Ayam Ni Ringkas Dan Mudah Untuk Disediakan...Tambahan Pula Anak-Anak Kami Memang Pun Suka Makan Nasi Ayam.....Ayam Lagiiiiiiii
Jom! Jeling-Jeling Masakan KakLeen
Nasi Ayam
Bahan-Bahan:-
4 Cawan Beras
6 Ulas Bawang Kecil
2 Cm Halia
4 1/2 Cawan Air Rebusan Tulang Ayam
2 Sudu Besar Majerin
- Tulang Ayam
- Garam Secukup Rasa
Bahan Ayam Goreng
1 Ekor Ayam
2 Cm Halia Kisar
5 Ulas Bawang Putih
2 Cm Kunyit
4 Sudu Besar Kicap Manis
2 Batang Serai Di Kisar
- Garam Secukup Rasa
Bahan Sup
2 Ulas Bawang Putih
1 Labu Bawang Besar
2 Cm Halia
- Baki Air Rebusan Tulang Ayam
- Garam Secukup Rasa
- Minyak Untuk Menumis
- Air
- Rempah Sup
- Rempah Penumis
Bahan Sambal
6 Biji Cili Merah
2 Biji Bawang Putih
- Gula Dan Garam Secukup Rasa
Cara Menyediakannya:-
Rebus Tulang Ayam. Bawang Merah Dan Halia Dihiris. Cairkan Majerin. Tumis Bawang Merah Dan Halia Kemudian Masukkan Air Rebusan Tulang Ayam Dan Beras Yang Telah Di Bersihkan. Masak Seperti Biasa.
Semua Bahan Untuk Ayam Goreng Di Kisar Kemudian Di Gaul Dengan Ayam Sehingga Rata Kemudian Di Perap Beberapa Jam Dan Goreng.
Untuk Sup...Bawang Putih, Bawang Besar, Halia Di Tumbuk. Tumiskan Rempah Penumis Dan Masukkan Semua Bahan Tumbuk, Rempah Sup Dan Baki Air Rebusan Tulang Ayam. Tambah Lagi Air Jikalau Air Rebusan Tadi Tidak Mencukupi. Masak Hingga Mendidih Kemudian Rasa Garam.
Untuk Sambal...Kisar Cili Merah Dan Bawang Putih. Kemudian Di Tumis. Masukkan Gula Dan Garam Secukupnya. Setelah Masak Bolehlah Di Hidangkan.
Ini Pula Agar-Agar Dua Lapis. Resepi Ni Kak Leen Ambil Daripada Koleksi Buku-Buku Resepi Kak Leen Atas Permintaan Adik Na......Kak Leen Nak Lapiskan Agar-Agar Ni Dalam Satu Bekas ...Tapi Adik Na Suruh Kak Leen Buat Sebiji-Sebiji....Inilah Hasilnya.....Tapi Kalau Kita Buat Kepada Tiga Lapisan Tentu Lebih Cantik...
Agar-Agar Dua Lapis
Bahan-Bahan:-
200 Gram Pasir
1 Paket Agar-Agar
1 Cawan Santan Pekat
6 Gelas Air
- Sedikit Pewarna Hijau Dan Kuning
Cara Menyediakannya:-
Didihkan Agar-Agar, Air Dan Gula Hingga Larut. Masukkan Santan Pekat Dan Kacau Rata. Bahagi Kepada 3 Bahagian. Dua Bahagian Di Bubuh Warna Hijau Dan Kuning. Satu Bahagian Lagi Di Biarkan Putih Warna Santan.
Tuangkan Adunan Putih Kedalam Acuan, Setelah Separuh Keras, Tuangkan Adunan Kuning Dan Hijau.
Kalau Nak Lapiskan Tiga Pun Boleh. Mengikut Cita Rasa Masing-Masing.
Jom! Kita Renung-Renungkan
Walaupun Kita Sibuk Dengan Tugas Harian, Tanggungjawab Pada Keluarga, Suami Dan Anak-Anak..Tetapi Kita Tidak Lupa Pada Ibu Dan Bapa Kita.....Dari Kecil Beliau Menjaga Kita Dengan Penuh Kasih Sayang...Dan Bersusah Payah Membesarkan Kita Sehingga Kita Berjaya Dalam Kehidupan. Semoga Kita Tidak Mempersia-siakan Pengorbanan Beliau. Harap Kita Senantiasa Mendoakan Kesejateraannya, Keselamatannya Dan Kesihatannya....Agar Dipermudahkan Untuk Mereka Menunaikan Ibadah.....Doa Anak Yang Soleh Itu Adalah Salah Satu Doa Yang Di Terima Sepenuhnya Oleh ALLAH.....Semoga Suatu Hari Nanti Anak-Anak Kita Akan Mengikut Cara Kita Dan Melakukan Yang Terbaik Untuk Kita.....Pada Ibubapa Kita Yang Telah Kembali Ke Rahmatullah....Marilah Sama-Sama Kita Sedekahkan Al-Fatihah Untuk Mereka......AL-FATIHAH
Adab Kepada Ibu Bapa
| Quote: | Ketahuilah Wahai Muslim Dan Muslimah Bahawa Allah SWT Mewajibkan Kita Berbuat Baik Kepada Ibubapa. Adab Dan Cara Kita Mengadap Mereka Mesti Istimewa Daripada Menghadap Orang-Orang Lainnya.
Firman Allah:-
Dan Tuhanmu telah Memerintahkan Supaya Engkau Jangan Menyembah Selain Dia Dan Hendaklah Kamu Berbuat Baik Kepada Ibubapamu Dengan Sebaik-baiknya. Jika Salah Seorang Diantara Keduanya Atau Kedua-duanya Sampai Berumur Lanjut Dalam Pemeliharaanmu Keduanya Perkataan "Ah" Dan Janganlah Kamu Membentak Mereka Dan Ucapkanlah Kepada Mereka Perkataan Yang Mulia. Dan Rendahkanlah Dirimu Terhadap Mereka Berdua Dengan Penuh Kasih Sayang Dan Ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, Kasihanilah Mereka Berdua Sebagaimana Mereka Mengasuh Aku Sewaktu kecil"(Al-Isra: 23-24)
Sianak, Samaada Dia Lelaki Atau Wanita, Wajib Kepadanya Bercakap Secara Lembut, Sopan Dan Kasih Sayang Kepada Ibubapanya. Sianak Tidak Boleh Bersikap Kasar Dan Mengatakan Kata-Kata Yang Tidak Baik Sekalipun Ibubapanya Terkadang Memulakan Kata-Kata Kuat Dan Kasar. |
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|