Want your
own Fotopage?










































 


By: Kak Lin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 11-Feb-2008 19:21 Email | Share | Bookmark
Masakanku Untukmu Sayang!! - Episod 16

Ayam Masak Manis
Kentang Masak Lemak
Mee Hoon Goreng Sempoi
Assalamualaikum.....
Ni Nak Cerita Pasal Angan-Angan Kak Leen Yang Tak Menjadi Kenyataan.....Kak Leen Ingat Cuti Raya Cina Ni Nak Pergi Melancong Ke Langkawi....Tetapi Anak-Anak Kak Leen Hanya Bercuti Selama 4 Hari Jer....Macam Mana Nak Pergi.....Terpaksa Di Tunda Ke Suatu Tarikh Yang Lain Kak Leen Ajaklaaa Pulak Dia Orang Pergi Melaka....Sebelum Tu Ok Jer Semua.....Tetapi...Pada Keesokkan Harinya Selepas Subuh Semua Dok Tidur Lagi...Penat Kak Leen Gerakkan Mereka... Semuanya Susah Nak Bangun...Lebih-Lebih Lagi Si Bujang Kak Leen Yang 2 Orang Tu....Lepas Tu Kak Leen Nak Ajaklah Dia Orang Mandi2 Kat Gunung Ledang.....Mamanya Pulak Yang Lebih-Lebih....Hehehehehe....Sebab Gunung Ledang Tu Dekat Jer Dari Rumah Kak Leen....Siap Goreng Mee Hoon, Buat Sandwich Lagi....Tapi Semua Tak Nak Pergi ....Ada Yang Kata Malas...Ada Yang Tak Bawa Baju Mandi Dan Macam-Macam Alasan Mereka....Akhirnya Mee Hoon Dan Sandwich Tu Kak Leen Buat Minum Petang Jer....Lepas Tu Terus Balik Kampung Daaaaaaa

Semasa Di Kampung Di Pagi Jumaat Pulak Tu...Yang Si Akmal Ni Berjalan Pun Tak Pandang Bawah....Terpijak Pulak Besi Ubat Nyamuk....Apa Lagi Terdengkut2 Lah Berjalan....Ajak Pergi Klinik Pun Susah....Dalam Jugalah Lukanya Tu...Akhirnya Tampal Dengan Plaster Luka Jer.....Lepas Tu Kak Leen Berkemas Untuk Pergi Ziarah Pusara Aruwah Mak Mertua Kak Leen Kemudian Terus Balik Ke Segamat....Sampai Di Segamat Kelam Kabut Kak Leen Memasak Sebab Akak Ipar Kak Leen Nak Datang Kerumah....Kak Leen Masak Nasi Ayam Jer....Tapi Belum Sempat Nak Tampal Kat Fp Ni.....Pada Hari Sabtu Pulak Ada 4 Jemputan Kahwin...Pergi Mana Yang Sempat Jerlah....Hari Ahadnya Pula Sibuk Mengemas Untuk Menghantar Anak-Anak Pulang Ke Asrama....Begitulah Jadual Sepanjang Cuti Tahun Baru Cina

Ayam Masak Manis Ni Kegemaran Anak-Anak Kak Leen....Tapi Bukan Ayam Masak Masam Manis...Cara Memasaknya Berbeza....




Ayam Masak Manis


BAHAN-BAHAN

½ Ekor Ayam
8 Ulas Bawang Merah – Di Mayang
3 Ulas Bawang Putih – Di Mayang
4 Biji Lada Merah
2 Biji Buah Keras
3 Sudu Kicap Manis
1 Sudu Makan Gula Merah
1 Cawan Air
- Sedikit Belacan
- Sedikit Air Asam Jawa
- Garam Secukup Rasa


CARA MEMASAKNYA

Ayam Di Potong-Potong Dan Di Bersihkan. Tumbuk Buah Keras, Lada Dan Belacan.

Panaskan Minyak Dalam Kuali, Tumiskan Bawang Merah Dan Bawang Putih Hingga Kekuningan. Masukkan Bahan Tumbuk Tadi Dan Gula Merah Sambil Di Kacau Rata.

Masukkan Kicap Manis, Air, Air Asam Jawa Dan Garam. Kemudian Masukkan Ayam, Perlahankan Api Dan Tutup.

Apabila Ayam Telah Empuk Bolehlah Dihidangkan.




Menu Ni Pulak Kegemaran Abang Kak Leen....Tengok Tu Bila Masak Mesti Ada Tempe...Sayur Ni Biasanya Abang Kak Leen Suka Makan Dengan Sambal Belacan Tumbuk Dan Ikan Masin...Laju Jerlaaa Dia Makan....Kak Leen Pulak Tak Boleh Banyak Makan Tempe Ni, Semua Jenis Kekacang Dan Makanan Laut Kerana Kak Leen Ada Masalah Kesihatan...Sebahagian Daripada Nikmat Yang Diberikan Oleh Allah Telah Di Tarik Balik

Kentang Masak Lemak


BAHAN-BAHAN

2 Keping Tempe – Di Potong2
5 Biji Kentang - Di Belah 4
½ Batang Lobak Merah - Di Potong Bulat
1 Biji Bawang Besar
1 Biji Bawang Putih
2 Sudu Besar Udang Kering
1 Bungkus Kecil Soon – Di Rendam
1 Keping Tahu Kering – Di Rendam
1 Mangkuk Santan Pekat
1 ½ Mangkuk Santan Cair
2 Biji Lada Merah – Dibelah2
- Garam Secukup Rasa

CARA MENYEDIAKANNYA

Tumbuk Bawang Besar, Bawang Putih Dan Udang Kering Kemudian Masukkan Ke Dalam Periuk Bersama-sama Dengan Kentang, Lada Merah, Garam Dan Santan Cair. Masak Sehingga Kentang Separuh Empuk.

Kemudian Masukkan Tempe, Lobak Merah, Soon Dan Tahu Kering. Biarkan Mendidih Seketika. Akhir Sekali Masukkan Santan Pekat. Bila Telah Masak Rasa Garam Dan Bolehlah Di Hidangkan.




Mee Hoon Goreng Ni Kak Leen Bubuh Daging Dan Fish Ball Jer...Taugeh Pun Tak Masukkan....Anak-Anak Kak Leen Semua Tak Makan Taugeh...Jadi Tak Payah Masuk Lagi Bagus Daripada Dia Memilih Satu-Satu Letak Kat Tepi Pinggan...Membazir Jer.... Hehehehehe...Mana Agaknya Daging Kat Dalam Mee Hoon Kak Leen Ni Tak Nampak Pun????


Mee Hoon Goreng



BAHAN-BAHAN

1 Bungkus Mee Hoon
4 Keping Fish Cake
2 Peket Fish Ball
200 Gram Daging – Di Potong Kecil
2 Biji Bawang Besar
2 Biji Bawang Putih
15 Tangkai Cili Kering
1 Ikat Sawi – Di Kerat2
- Sedikit Belacan
- Sedikit Garam
- Sedikit Gula


CARA MENYEDIAKANNYA

Rendam Mee Hoon Sehingga Lembut.

Kisar Cili Kering, Belacan, Bawang Merah Dan Bawang Putih. Kemudian Tumis Bahan Kisar Tersebut Hingga Wangi. Masukkan Pula Daging, Fish Ball Dan Fish Cake. Masak Sehingga Daging Empuk. Masukkan Pula Gula, Garam Dan Sawi. Akhir Sekali Masukkan Mee Hoon Yang Telah Di Rendam Tadi. Setelah Masak Bolehlah Di Hidangkan.




Sebelum Ini Kak Leen Terima Award Daripada MamaSya Tetapi Pada Hari Ini Kak Leen Terima Lagi 2 Award Daripada MeorJay Dan MaDiHa Terima Kasih Kak Leen Nak Ucapkan Kepada Mereka Bertiga Ini...Dan Kak Leen Menyayangi Semua Rakan-Rakan Fotopages Dengan Setulus Hati Yang Ikhlas....Tiada Sebarang Sifat Iri Hati, Kecil Hati, Cemburu Atau Sebaliknya.....Semoga Persahabatan Ini kekal Hingga Ke Akhir Hayat Kak Leen.....Insya Allah.....

Inilah Award-Award Yang Telah Kak Leen Terima.... Terima Kasih MamaSya Terima Kasih MeorJay Dan Terima Kasih MaDiHa




Dan Award Di Bawah Ini Kak Leen Terima Daripada MeorJay Ini Kak Leen Serahkan Kepada.....



1. Elin
2. MamaFami
3. Bonda
4. Zety
5. Kuzi

Award Yang Ini Pula Kak Leen Terima Daripada MaDiHa Dan Kak Leen Serahkan Kepada



1. KakRus
2. Kamalina
3. Sabrina
4. UmmiAqil
5. Nic

Haraplah Di Persudikan Jua Untuk Membawa Award-Award Ini Untuk Di Hiaskan Dirumah Masing-Masing Sebagai Kenang-Kenangan




Bicaraku Untukmu Teman...

Quote:
Feqah~>Anak-Anak Suka Makan Ayam...Kenalah Ubah-Ubah Resepi Kalau Sama Jer Kak Leen Yang Rasa Jemu
Sabar+Zar=Wani&Mimi~>Kalau Datang Segamat Nanti Kak Leen Masakan Untuk Zar
Zaiton~>zaiton_yatim@yahoo.com - Leen Ni Baru Jer Belajar Edit2 Gambar Masih Tak Pandai Lagi.
Meorjay~>meorjay65@yahoo.com - KakLeen Siap Pakai Baju Berkedip2 Nak Ambil Award...Terima Kasih Daripada Kak Leen
Re: Kalau Nak Makan Masakan KakLeen....Boleh Jer....Byk Pahala Kak Leen Dapat Kerana Menjamu Kawan-Kawan Daripada Masakan Kak Leen Sendiri....Mudah-Mudahan Murah Rezeki Kak Leen
Nur~>KakLeen Bawa Award Ni Pakai Kereta Jer....Sebab Award Ni Comel Sangat Paling KakLeen Suka
MaDiHa~>Award Yg Ni Besar Sikit...KakLeen Kena Bawa Van Laaa Pulak.... Terima Kasih MaDiha...Ni Bunga Untuk MaDiha
Zira~>Kalau Rajin...Lajulaaa Kak Leen Update Fp Ni...Kalau Tak Rajin....Nampaknya KakLeen Kena Kunci Rumah Ler
Omaq~>miloki@gmail.com - Pi Tolong KakLeen Carikan Burung Puyuh...Nanti KakLeen Masakan!
MamaFami~>Yer Ke Mengoncang Kalbu Ni Ma? Masakan Biasa-Biasa Jer Tu
Unnamed~>Meleleh Air Liur Kena Mop Sendiri Kalau Tak De Kena Beli Ek
Sabrina~>Apasal Sab Sampai Menjilat Pinggan...Kalau Anak Dara Tak Layak Jadi Menantu KakLeen!
MamaFami~>Ok. Kat Mana Pun Mama Nak Letakkan Award Ni Tak Kisahlah Janji Menjadi Hiasan Kat Rumah Mama
ZaiKulim~>zbintim@yahoo.com - Sabar Tetap Kena Sabar Sebab Tak Boleh Nak Ambil...Hehehe
SoulhaCairo~>Terima Kasih Singgah Di Fp KakLeen...Nak Cilok..Cilok Ler
ZaiKulim~>zbintim@yahoo.com - Memang KakLeen Senantiasa Mencari Ketenangan Dan Kedamaian Walaupun Tanpa Pohon Hijau
Sabrina~>Terasa Ciumanmu Sampai Kesini...Hehehehe Macam Ni Boleh Selalu Bagi Award Akan Selalu Dapat Ciuman Hehehehehe
PemancingIkan~>Kalau Anak KakLeen TakDapat Makan Ayam...Nanti Kelaparanlah Dia Org Tu
BondaRaqnR~>Yang Tak Disangka Tu Kadang2 Yg Muncul....Hehehe...Sama2 Tocheh
MakLang~>maklang_06@yahoo.com - Kat Mana Nak Cari Barasso Ni...Puas Cari Tak Jumpa...Kalau MakLang Ada...Leen Nak Sikit Bolehhhh...Hehehehe
Lieya~>lieya_latif@yahoo.com - Anak-Anak KakLeen Memang Suka Makan Ayam...Biasanya Seorang Ibu Akan Mengutamakan Selera Suami Dan Anak-Anak
MamaElla~>Masakan Isteri Itu Adalah Pengikat Kasih Sayang Antara Kita Sekeluarga
LeeLin~>Janganlah Sampai Tak Datang Sini Nanti Kang KakLeen Merajuk Tutup Fp
MamaBatrica~>zalyn_batrisya@yahoo.com - Ayam Tu Tak Payah Goreng Dahulu. Yer Mama...KakLeen Orang Segamat
BoxHouseStudio~>Terima Kasih Tun. Anak KakLeen Dah Ok. Semoga Kita Sama-Sama Beroleh Kesihatan Yang Baik
MamaSya~>Memang KakLeen Terima Award Ni Dari "M" Untuk "M" Ini Bermakna KakLeen Ramai Kawan Bermula Dengan Hurul "M"
Ieba~>Kalau Dah Lapar Kena Cepat Pi Makan...Kalau Perut Dah Nyanyi Lagu Keroncong Nanti Lagi Susah
Kamalina~>Walaikumsalam. Award Tu Tanda Persahabatan. Semoga Persahabatan Yang Sedia Ada Ini Akan Berkekalan Selamanya
IdaIsk~>merpati66@yahoo.com - Betula Ida Anak-Anak Kalau Dah Besar Memang Susah Nak Ikut Mamanya
Meorjay~>meorjay65@yahoo.com - KakLeen Dah Tengok Yg Tersayang...Tak Sangka Cucu Nenek Dah Besar Hehehehehe
MummyIrdina&Arrissa~>Masa Rajin Nak Masak...Kalau Masa Mr "M" Datang Kedai Sebelah Lah Jawabnya...Hehehehehehe
Unnamed~>Nak Bagi Macam Mana...KakLeen Tak Mengenali Mu
RoyLazim~>Boleh! Boleh! Mahu Minum Air Apa Ar?
Jeff~>Masak Jer Apa Yg Terfikir...Janji Semua Barang Ada Kat Peti Sejuk...Nak Kata Banyak Idea Tak Jugak...
Ed~>Masak Jangan Tak Masak
PemancingIkan~Info Pasal Agama Memang KakLeen Suka...Bila Kita Membacanya Akan Lahir Rasa Keinsafan
TokJanggut~>Daripada Komen2 KakLeen Tu KakLeen Tak Mengharapkan Apa2..Kan KakLeen Ni Memang Suka Mengomen...Hehehehe...Kalau Tok Rasa Nak Bagi Hadiah Pada KakLeen Terima Kasih Bebanyak...Syukur Alhamdulilah
Kuchai~>Mereka Penatlah Tu...Cuti2 Ni Pun Masih Ada HomeWork Yang Perlu Disiapkan
TokJanggut~>Terima Kasih...Terima Kasih Dan Terima Kasih....Dedikasi Tok Untuk KakLeen Memang Cantik...
BeautyNtheBeads~>beautynthebeads@gmail.com - Terima Kasih. Nanti KakLeen Hiaskan Kat Rumah KakLeen...Hasil Usaha TokJanggut Tu
Zety~>Sama-Sama...Sayang KakLeen Ke? Hehehehe Tak Sangka Ada Org Sayang
OuledKentra~>
Harum Baunya Si Bunga Rampai
Untuk Dihadiahkan Para Jemputan
Selamat Pengantin Baru Ucapan Di Beri
Agar Bahagia Sepanjang Kehidupan
Yong-IbuChempaka~>Lapar Kena Cari Kat Dapur....Hari Ni Yong Masak Apa Ek?
Layman~>Terima Kasih Singgah Di Fp KakLeen
MamaCa~>Boleh...Bolehhh...Kalau Nak Cuba Apa Salahnya

Most recent comments... (In posting order)
waahh..sodap2 menu Kak Leen..& yg penting berkhasiat..
Ayam Masak Manis tu mmg manis la kn..jgnkn masak, rasa pon lom pernah..hehe
masak lemak+sambal 'hidup'+ikan masin; fuiyo, mmg sodaapp..
Wed 13-Feb-2008 03:03
Posted by:srsfeqah  - [Link]
Kentang msk lemak ala-ala msk lodeh gitu memang sodap ....bilalah dpt rasa masakan Kak Leen nie Wed 13-Feb-2008 03:21
Posted by:Sahar+Zar=Wani&Mimi  - [Link]
Salam perkenalan.

Hi Leen, pics & editing kat fp u ni mantap dan menarik. Kite suka yur editing
style, neat, sharp dan tak bercelaru. Resepi yg di hidangankan pun nampak
sedap dan mudah dicuba.
Agaknya Leen ni among d senior kat fp ni, freshee cam kite ni kene respect
la...ek...banyak yg leh blajar di fp ni......
Good job sis......
Wed 13-Feb-2008 08:26
Posted by:Zaiton zaiton_yatim@yahoo.com  - [Link]
Perggghh! Kesedapan yg tak terkata. Gemuk saya kalau selalu dapat rasa masakan Kak Leen
Kak Leen saya anugerahkan Friendly Site Awards. Lihat di fp saya ye.
Wed 13-Feb-2008 10:35
Posted by:meorjay meorjay65@yahoo.com  - [Link]
kak leen, syok nyer tengok ayam tu menari....nur tengok kak leen suka masak lauk ayam kat rumah nur pun sama budak2 gemar makan ayam, ikan tolak tepi....tu yg pening kepala sedap2 masakkan kak leen...kalau dapat rasa kan best gitu....
psst: kak leen abang meor dah suruh pergi rumah dia....angkut award kak leen, jgn tak angkut tahniah kak leen dapat award lagi...
Wed 13-Feb-2008 11:27
Posted by:Nur  - [Link]
alahaii.. meleleh tengok masakan kak leen ni tauu
kak.. meh dtg 'umah' ... madiha ada hadiah utk kak leen
Wed 13-Feb-2008 11:28
Posted by:MaDiHa  - [Link]
terliur zira tgk masakan kak leen nih..mcm² menu..rajin betui akak nih Wed 13-Feb-2008 11:49
Posted by:zira  - [Link]
mama leen.. nak burung puyuh masak manis ada daq? lapaq burung puyuh plak ari nie he he he

http://www.omaQ.org
Wed 13-Feb-2008 13:06
Posted by:omaQ miloki@gmail.com  - [Link]
Waduh Linnn...menghelit ghelit ayam mu itew...menggoncang kalbuuuuu... Wed 13-Feb-2008 13:49
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
aduhai Leen.. meleleh air liur ni tengok awak tayang ayam masak masam manis tu ... berkilat2 lagik tu .... sungguh menyelerakan wey...... Wed 13-Feb-2008 13:54
Posted by:unnamed
Kentang masak lemak dengan tempe tu memang feveret Sab la... Kena pulak makan dengan nasi panas.. sambal belacan.. ikan kering.. perghhhh sehingga menjilat pinggan la jawabnyaaa
Alahh biasalah anak-anak dah besar ni Kak Leen.. macam malas sangat nak berjalan.. Adik-adik Sab punmacam tu gak..jenuh memujuk..
Wed 13-Feb-2008 15:03
Posted by:Sabrina  - [Link]
Terima kasih Lin di atas award tu....ma ambil dan masukkan kat entry awards mama yang lepas ya.... Wed 13-Feb-2008 18:06
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
Kena byk bersabar ler bila singgah cini..semua sedap2nie.... Wed 13-Feb-2008 20:36
Posted by:zai Kulim zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
Salam mamaleen...best masakan kt sini,resepi pun baru2 dengar jer,specialy ayam masak manis,feberet anak2 akak leen yer ,cam nie nk try jg ler, kita cilok resepi boleh.

tahniah atas award2 kt atas tu..
Wed 13-Feb-2008 20:45
Posted by:soulha,cairo  - [Link]
Thanks akak...eemmm mmg mendamaikan mata memandang...dan mmg mertua zai suka umah dia ader taman cam gitu utk anak menantu lepak2.... Wed 13-Feb-2008 21:12
Posted by:zai Kulim zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
Uwaaaaaa terharunya Sab.. Yeaaahhhh dapat award ... Terima kasih Kak Leen... Tak sangka dapat award dari Kak Leen.. Muaaaaahhh! Kejap lagi Sab gantung award ni kat umah Sab erk... Thu 14-Feb-2008 01:49
Posted by:Sabrina  - [Link]
Alkisah satu masa semua ayam mogok tak mahu bertelur.Nak sembelih sembelih lah ujar ayam2 tersebut. Maka tiadalah ayam lagi didunia ini dan kanak2 serta penggemar ayam pun jadi mashgul. Maka ikan dan haiwan2 lain pun jadi buruan Thu 14-Feb-2008 02:16
Posted by:PEMANCING IKAN  - [Link]
aik bonda pon dapat gak? wahhhhhhhhhhhhhhh gumbira rasa di hati...sungguhku tak sangka nak dpt award..
toche-toche...
Thu 14-Feb-2008 02:37
Posted by:Bonda RaqynR  - [Link]
sedap2 masakan kleen....congrat..dpt byk award....award tu kena brasso tau...kasi kilat...heheh Thu 14-Feb-2008 03:34
Posted by:maklang_06@yahoo.com  - [Link]
sedap2 menu akak....seronok anak2 akak....mesti berselera makan tiap2 hari .... tgk tu betape besar jasa ibu kan?... Thu 14-Feb-2008 03:46
Posted by:lieya_latif lieya_latif@yahoo.com  - [Link]
Masak untuk sayang eh Mamaleen...cantik ler mesti pedas nie makan dgn nasi putih hangat-hangat ..power tau!! Thu 14-Feb-2008 03:53
Posted by:mamaella  - [Link]
mmg tak boleh dtg sini selalu... perut dah kenyang pun boleh rasa nak makan yang meluap-luap. Thu 14-Feb-2008 03:59
Posted by:Lee Lin  - [Link]
salam perkenalan kak leen,
bestnyer.... sumer sedap2.... kalu ler dpt join makan sekali kan best.... kak leen, resepi ayam masam manis tu, ayam nyer x payah goreng dulu erk..... @ goreng ambal2.....
p/s : kak leen org segamat ker...... zana org kluang... dah dekat erk,,, ..
Thu 14-Feb-2008 04:20
Posted by:zana ~ mamabatrice zalyn_batrisya@yahoo.com.my  - [Link]
YA ALLAH ...lama nya ku tak kemari ...tag nya berseri-seri...awardnya panjang berjela..lauknya sedap-sedap belaka...muah muah...menyelerakan betui...teringin nak rasa tau....oh ya...anak camne ?...dah baik kakinya?...memudahan kak leen terus sihat ya..rajin-rajin bersenam k...ini ingatan untuk saya juga... Thu 14-Feb-2008 05:22
Posted by:boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com  - [Link]
Alahai napa anak2 K.Leen tak nak jln2... cian mamanya dah siap masak...ni lah ragam anak2 kan K.Leen,sabar aje.... .Tahniah K.Leen dpt hadiah lagi...itu tandanya K.Leen disenangi kawan2..tp K.Leen perasan tak semua yg bagi hadiah utk K.Leen bermula dgn huruf M...dari M utk M jugak...kebetulan... Thu 14-Feb-2008 05:28
Posted by:mamasya mamasya22@yahoo.com  - [Link]
huhu....kak leen ni buat ieba rasa lapo laa dah ler x mkn lagi huhuhu...betul2 dugaan nie huhu.. Thu 14-Feb-2008 05:44
Posted by:ieba  - [Link]
salam kak leen.. mcm2 kerenah anak2 ni kan... bila baca citer kak leen, tersenyum sorang2... diorg tu dok asrama, patutla tak nak ke mana2 bila cuti.. agaknya rindu dgn rumah, tu yg prefer tak ke mana2 bila kak leen ajak...
** tima kasih di atas ingatan kak leen pada saya.. nanti saya gantung award tu kat umah.. hehehe..
Thu 14-Feb-2008 05:48
Posted by:kamalina  - [Link]
alahaiiiiiiiiiii sama lee gan budak2 kat umah nie kalau tak dipaksa pergi gerenti semua suka dok terperap kat umah dok depan pc ajee , tengok lauk2 terus jadi lapar nie Thu 14-Feb-2008 06:15
Posted by:ida isk merpati66@yahoo.com  - [Link]
Meriahnya entri kali ini dengan makanan dan awards
Kat fp saya ada Yang Tersayang sedang menanti kedatangan Kak Leen tau!
Thu 14-Feb-2008 09:50
Posted by:meorjay meorjay65@yahoo.com  - [Link]
kesian kak leen xdpt p holiday ke langkawi..
xper lain kali leh plan baik punya ok kak
kak leen ni masak ar apa saja...mmg meruntun jiwa ar...
sedap2...
akekekeke
Thu 14-Feb-2008 09:54
Posted by:Mummy Irdina&Arissa  - [Link]
Kak Leen .....Bagi lah nama penuh boleh lah cari....pangkat apa....Dia dok kat kuarters ke dok luar

Saudara Suami Kak Leen Ada Kat TUDM Subang. Kami Panggil Pak Cik Helmi....Dah Pernah Pi Rumah Dia....Kalau Tak Silap Pegawai Atasan Juga Dia Tu...
Thu 14-Feb-2008 10:11
Posted by:unnamed
mee hoon goreng satu...jgn pedas sangat ar.. Thu 14-Feb-2008 10:45
Posted by:Roylazim  - [Link]
>> sedap sedap semuanya kak leen...
>> banyak betul idea kak leen nak masak apa...
Thu 14-Feb-2008 18:25
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
sedapnya masakan ayam tu....balik rumah nnt mesti try masak... Fri 15-Feb-2008 01:30
Posted by:ed  - [Link]
Saya pun suka baca juga. Mana2 info yg saya rasakan kawan2 lain boleh manfaatkan saya cut and paste saya.
Bab khutbah ni saya tertarik komen Layman.http://gardenlayman.fotopages.com/ Seelok2nya perlu ada langkah proactive dari golongan ulamak dan penulis/communicator untuk mengarang khutbah yang menarik dan berkesan. Kita ada banyak penulis ternama dan berwibawa.
Fri 15-Feb-2008 02:30
Posted by:PEMANCING IKAN  - [Link]
Kak Leen,
Tok terasa hiba lak kerana tok tak buat satu pun entry khas buat kak leen yang setia dan selalu masuk dan komen kat FP tok......................so tok berikrar hari tok akan buat satu grafik kas specially dedicated to you...............Kak Leen....................
Tunggu dan Lihat nanti..............................Harap2 u satisfied la nanti Sorry yek.....................
Cheers...............
Fri 15-Feb-2008 02:56
Posted by:tokjanggut azam61pd@yahoo.com  - [Link]
kita dulu pun mcm tuh kak sebilang balik dari asrama tidur mcm kena dadah asal letak pale jek lena + emang maleh nak pi mana2 sebab cuti kejap jek kan. as usual kita selera manjang nengok masakan akak niihhh Fri 15-Feb-2008 05:05
Posted by:kuchai  - [Link]
Kak Leen , This One For You................................Dah siap....................Check it out khas buat u. Fri 15-Feb-2008 05:16
Posted by:tokjanggut azam61pd@yahoo.com  - [Link]
thanks a lot k/leen ku yg disayangi...muahhh...terasa cam best ja dpt adward dr k/leen tu tau.. bangga jek.. Fri 15-Feb-2008 05:45
Posted by:zety  - [Link]
wah2 Kak Leen... sonoknya dpt special dedication drp Tok~J tahniah ye! pasni leh hias kat umah ni... Fri 15-Feb-2008 06:22
Posted by:BeautyNtheBeads beautynthebeads@gmail.com  - [Link]
kalau saya rajin masak dam lamo ese terai

Entryku hari ini

Indah nian helaian satin
Buat bergaya di depan cermin
Cantik seri wajah pengantin
Duduk bersanding di atas pelamin
Fri 15-Feb-2008 10:45
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
cedapppnya....lapor la pulak.. Fri 15-Feb-2008 14:55
Posted by:yOnG*ibu Chempaka  - [Link]
Nice to hear from you... Sure will open your fp masa2 tertentu utuk klik part menu tu... Jgn marah iols jadikan uols cook book! Mon 18-Feb-2008 06:09
Posted by:Layman
sedapnya ayam masak manis kak leennnnn..tgk pun tau sedap..nak try la nanti...!!!! Tue 19-Feb-2008 03:26
Posted by:mama ca mierafaziera@yahoo.com  - [Link]


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.