Want your
own Fotopage?







 


By: Kak Lin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 18-Aug-2007 15:55 Email | Share | Bookmark
Tanggungjawab Seorang Muslim

Masjid Al-Mujahirin
Assalamualaikum

Untuk Pengetahuan Semua Rakan-Rakan Fotopages...Dua Tiga Hari Ni Kak Lin Tiada....Kerana Menghantar Adik Lelaki (Anak Mak Uda) Kak Leen Nikah Di Hutan Melintang, Perak. Memandangkan Pengantin Perempuan Akan Berangkat Untuk Melanjutkan Pelajaran Ke Mesir Pada 29hb. Ogos 2007 Maka Pernikahan Ini Terpaksa Di Segerakan Pada 19hb. Ogos, 2007.

Hanya Doa Selamat Akan Diadakan Di Rumah Pengantin Lelaki Di Maran, Pahang Pada 25hb. Ogos, 2007 Tetapi Kak Leen Juga Tidak Dapat Turut Serta Kerana Abang Kak Leen Tidak Dapat Cuti.






Berikut Adalah Beberapa Pecahan Tanggungjawab Seorang Muslim Dalam Mencari Keredhaan Allah SWT Di Samping Mendapatkan Kasih Sayang Manusia. Setiap Muslim Bertanggungjawab Menjauhkan Dirinya Dan Kaum Keluarganya Daripada Azab Kubur Dan Neraka.

Tanggungjawab Kepada Allah

Adalah Menjadi Tanggungjawab Seorang Muslim Mentaati Setiap Perintah Allah Dan Menjauhi Larangannya. Tanggungjawab Ini Hanya Akan Tertunai, Sekiranya Ada Perasaan Takut Kepada Allah Di Dalam Hati Setiap Muslim. Rasulullah Saw Bersabda Bahawa Allah SWT Berfirman:-

“Demi Kemuliaan Dan Kebenaran Ku, Aku Tidak Akan Menghimpun Dua Kali Rasa Takut Atau Aman Bagi Hamba Ku . Siapa Yang Takut Kepada Ku Di Dunia, Makan Aku Aman Kan Dia Di Akhirat Dan Siapa Yang Merasa Aman Dari Ku D Idunia, Aku Takutkan Dia Dia Akhirat” (Kitab Tanbihul Ghafilin)


Tanggungjawab Kepada Rasulullah

Sebagai Menyatakan Rasa Syukur Kepada Allah SWT, Berterima Kasih Dan Sayang Kita Kepada Rasulullah Saw, Maka Setiap Muslim Harus Memperbanyakkan Bacaan Selawat Untuk Baginda. Sabda Baginda:-

“Siapa Membaca Selawat Untuk Ku Satu Kali Dengan Tulus Ikhlas Maka Allah Akan Memberi Selawat (Rahmat) Kepadanya Sepuluh Kali Dan Diangkat Darjatnya Dan Diampunkan Sepuluh Dosanya”. Kitab Tanbihul Ghafilin)


Tanggungjawab Sebagai Anak

Seorang Sahabat Dari Suku Bani Salimah Telah Dating Kepada Nabi Muhammad Saw, Katanya: “Kedua Orang Tua Aku Telah Mati . Apakah Ada Jalan Bagi Aku Untuk Berbakti Kepada Keduanya Sesudah Mati Itu? Sabda Baginda Saw:-

“Ya Membacakan Istighfar Untuk Mereka, Melaksanakan Wasiat Mereka, Menghormati Sahabat Mereka Dan Menghubungi Kaun Keluarga.” (Kitab Tanbihul Ghafilin).


Tanggungjawab Kepada Sesama Muslim

“Kewajipan Seorang Muslim Terhadap Saudaranya Sesame Muslim Ada Enam Perkara, Sesiapa Meninggalkan Satu Bererti Meninggalkan Satu Kewajipan; Jika Diundang Harus Dating, Jika Sakit Harus Dijenguk (Ziarah), Jika Mati Harus Dihantar Jenazahnya 9menghadirkan Diri), Jika Bertemu Harus Memberi Salam, Jika Minta Nasihat Harus Dinasihati Dan Jika Bersin Harus Di Doakan”. (Kitab Tanbihul Ghafilin)


Tanggungjawab Kepada Jiran

“Tidak Beriman Seorang Hamba Sehingga Aman Jiran Tertangganya Dari Gangguannya. Sahabat Bertanya: Apakah Gangguan Itu Ya Rasullulah? Jawab Rasulullah Saw: Tipuan Dan Aniaya”. (Kitab Tanbihul Ghafilin)


Tanggungjawab Menegakkan Agama Allah Dan Mempertahankan Negara

Sabda Rasulullah Saw:

“Keluar Pagi Atau Petang Untuk Berjihat Fi Sabilillah Itu Lebih Afdhal (Utama) Daripada Bumi Seisinya Dan Berdiri Seseorang Dalam Barisan Jihad Itu Lebih Utama Daripada Ibadat Enam Puluh Tahun” (Kitab Tanbihul Ghafilin)


Bicaraku Untukmu Teman...

Quote:
01.Hajar~>Terima Kasih Hajar. Sekadar Renungan Untuk Di Jadikan Panduan

02.Anna~>Sekarang Tengah Test Yer. Semoga Berjaya Dengan Cemerlang

03.IdaIsk~>merpati66@yahoo.com - Terima Kasih Ida

04.MamaSya~>Sama-Sama. Dapat Adik Ipar Baru Tetapi Jauh Di Mata

05.Za~>Terima Kasih. Ni Puji2 Ni Mesti Ada Apa-Apa...Hehehehe

06.Jeff~>Insya Allah Semoga Kejayaan Dalam Melaksanakan Amanah Dan Tanggungjawab Akan Menambahkan Lagi Pahala Yang Sedia Ada

07.MrsApple~>mrs.apple@gmail.com - Yer Ini Rumah Baru....

08.Madiha~>Walaikumsalam. Insya Allah.

09.JieJie~>Walaikumsalam. Betul Tu. Tanggungjawab Kepada Ibubapa Teramat Penting Jikalau Kita Ingin Menjadi Anak Yang Soleh Dan Solehah

10.Lie~>syahmie21@yahoo.com - Adik Lelaki Kak Leen Yang Nikah Hari Tu Bukan Anak Saudara.

11.Kuzi~>Bagus Business Ni Kuzi. Kak Leen Pun Minat Juga....Tapi Kalau Nak Business Kek Atau Cookies Ni Kak Leen Memang Tak Kreatif

12.DrAli~>drali@miosh.net - Bila Kita Laksanakan Dengan Ikhlas Memang Akan Menjadi Ringan. Kalau Tak Percaya Cuba Timbang...Berat Atau Ringan...Wkakakaka

13.MamaFami~>Sebagai Seorang Sahabat Ingat Mengingati Itu Adalah Yang Sebaik-baiknya

14.MammaHouse~>mammahouse@gmail.com - Mengancam Ke? Itu Jer Yang Termampu Kak Leen Buat....Tak Lah Mengancam Sangat Fp Yang Lain2 Tu Lagi Lebih Menarik Dan Mengancam Termasuk Mama Punya Fp...Kreatif Gitu

15.Ummi Afi & Anya~>Macam Mana Nak Borak? Email Pun Tak Ada Fp Pun Tak Link?

16. Zanaz70~Kak Leen Punya Fp Pun Berhari-hari Tak Boleh Buka....Sabar Zana Sabar....Janganlah Sampai Menyampah....Tak Baik Tau....

17.MamaIlman~>Terima Kasih Kerana Sudi Bertandang Kerumah Kak Leen. Kalau Tahu Dah Dekat Boleh Kita Jumpa Tapi Kak Leen Dah Balik Segamat Baru Tahu. Insya Allah Lain Kali Kita Jumpa

18.CikuNunu~>Yer Adik Ipar Kak Leen Akan Sambung Belajar Lagi Di Mesir

19.Umi~>Oh Asal Kat Hutan Melintang. Tempat Yang Kak Leen Pergi Ni Kg Samak

20.RinnChan~>Terima Kasih Rinn. Insya Allah.

21.Sabrina~>Terima Kasih Dan Sama-Sama Kasih. Semoga Mereka Kekal Bahagia...Aminnnn.

22.AFairuz~>Terima Kasih Kerana Mengunjungi Fp Kak Leen. Resepi Kat Sini Sempoi2 Jer

23.Abc123~>khumaira8575@yahoo.com - Kak Leen Bukan Orang Maran....Arwah Abah Kak Leen Orang Kelantan Tetapi Menetap Di Maran Bersama Mak Uda. Kak Leen Orang Labis Dan Tinggal Di Segamat, Johor.




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net