Want your
own Fotopage?










































 


By: Kak Lin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 17-Jun-2008 13:46 Email | Share | | Bookmark
Assalamualaikum.....

Jumpa Kak Lin Disini.....
http:/kaklins-gallery.blogspot.com


Saturday, 1-Mar-2008 12:35 Email | Share | | Bookmark
Titian Perjalanan 2

Assalamualaikum
Dalam Dua Minggu Ni Kak Leen Terlalu Sibuk.....Jam 8.00 Pagi Hingga 5.30 Petang Di Pejabat....Balik Dari Pejabat Terus Ke Johor Bahru.....Kadang-Kadang Ke Kluang.......Sampai Dirumah Jam 2.00 Atau Jam 3.00 Pagi.....Esoknya Kerja Seperti Biasa.........Aduhai!!!........ Macam Yang Berhormat...... Semua Ni Kak Leen Lakukan Atas Urusan Kerja Abang Kak Leen Tetapi Kak Leen Ni Telah Di Lantik Untuk Menjadi Setiausaha Peribadinya.....Maka Mana Dia Pergi Kak Leen Kenalah Temankan........ Abang Kak Leen Ni Tak Berapa Awas Memandu Waktu Malam.......Walaupun Pakai Cermin Mata..........Tu Yang Dia Ajak Kak Leen Kemana Jer Dia Pergi......Terasa Jugalah Penatnya......Tetapi......Apa Nak Buatkan.......Pengorbanan Demi Kebahagiaan......

Buat Sementara Waktu Sebelum Kak Leen Memulakan Entry - Entry Masakan Kak Leen Seterusnya Apa Kata Kita Muasabah Diri Dengan Menghayati......Perkara-Perkara Berikut....... Sekurang-kurangnya Bolehlah Di Jadikan Panduan Di Dalam Kita Berdoa......Dan.....Bermunajat Kepada Allah





Adab-Adab Berdoa

Keadaan Diri Masih Berwuduk Serta Bersih Dari Sebarang Kotoran, Hadas Dan Najis.

Memulakan Doa Dengan Membaca "Bismillah" Dan Ucapan Memuji-Muji Allah Serta Berselawat Keatas Nabi S.A.W.

Mengadap Ke Arah Kiblat.

Memohon Keampunan Dengan Merendahkan Diri Serta Mengaku Akan Kesalahan Diri Di Atas Dosa Dan Kesilapan Yang Telah Di Lakukan Sebelum Berdoa.

Berdoa Dan Memohon Kepada Allah Dengan Bersungguh-Sungguh Serta Memahami Segala Isi Kandungan Dan Maksud Doa.

Berdoa Dengan Penuh Khusyuk, Tawaduk Dan Ikhlas Hati Serta Merendahkan Suara.

Mendahulukan Doa Dan Permintaan Untuk Diri Sendiri Terlebih Dahulu Sebelum Berdoa Untuk Mereka Yang Lain.

Berdoa Dan Mengulangi Bacaan Doa Sebanyak 3 Kali Bagi Sesuatu Hajat Yang Lebih Berat Atau Yang Lebih Di Utamakan.

Menghindari Diri Dari Sesuatu Yang Di Tegah Dan Dilarang Oleh Agama Sama Ada Pada Pakaian, Makanan, Minuman Atau Pun Pekerjaan.

Berdoa Untuk Kaum Muslimin Dan Muslimat Secara Seluruhnya Untuk Kesejateraan Mereka Tidak Kira Yang Hidup Ataupun Yang Telah Meninggal Dunia.




Waktu Terbaik Berdoa

Waktu Sahur

Waktu Selepas Azan Sebelum Iqamah

Waktu 1/3 Malam

Waktu Hujan Lebat

Waktu Melihat Ka'abah

Waktu Tawaf & Sa'ei

Waktu Setiap Kali Lepas Solat

Waktu Setiap Kali Lepas Membaca Al Quran

Waktu Hampir Untuk Berbuka Puasa

Waktu Berpuasa Wajib Atau Berpuasa Sunat

Waktu Diantara Dua Khutbah Jumaat

Waktu Diantara Iqamah Dan Solat

Waktu Berkumpul Dalam Majlis Ilmu Atau Majlis Zikir

Waktu Dalam Kesedihan, Kesusahan Dan Penderitaan

Waktu Semasa Hendak Meminum Air Zam-Zam


Quote:
Orang Yang Beriman Selama-Lamanya Cinta Kepada Allah. Semakin Menebal Keimanannya, Semakin Mendalam Perasaan Cintanya. Jika Sudah Di Lamun Cinta, Dimatanya Sering Terbayang Akan Apa Yang Dicintainya. Demikian Juga Dengan Seluruh Rongga Kalbu, Penuh Dengan Rasa Rindu

cantik gambar masjid tu... re: kak leen, parit jawa tu kampung mak saya, tu la sebabnya kami tak boleh dipisahkan dari asam pedas! hehehe Tue 4-Mar-2008 13:38
Posted by:lee lin  - [Link]
thanks kak..berkongsi ilmu..semoga kita manfaatkannya bersama-sama... Tue 4-Mar-2008 13:54
Posted by:yong*ibu Chempaka  - [Link]
hye..

mintak izin dolu tuan umah yer..nak iklan..

suka kek x??suka cream puff??suka tgk kek comei??
suka fruit tart??..

jommm...meh jenguk sini..kat teganu dah tau..

Tue 4-Mar-2008 15:04
Posted by:miss kismis kissmiss86@yahoo.com  - [Link]
View all 35 comments


Wednesday, 27-Feb-2008 16:42 Email | Share | | Bookmark
Masakanku Untukmu Sayang!! - Episod 18

 
 
Assalamualaikum

Untuk Pengetahuan Semua Di Pejabat Kak Leen Memang Ramai Pelajar-Pelajar Daripada UiTM Menjalani Latihan Amali. Setiap 6 Bulan Sekali Silih Berganti....Mereka Semua Rapat Dengan Keluarga Kak Leen...Salah Seorang Daripada Bekas Pelajar Ni Berasal Daripada Jeli, Kelantan. Namanya Ahmad Asfuddin Tapi Kak Leen Panggil Dia Abe....Macam Tulah Dia Bahasakan Diri Dia. Sebulan Yang Lepas Abe Ada Pergi Ke Johor Bahru....Balik Daripada Johor Bahru Abe Singgah Di Segamat Dan Tidur Di Rumah Kak Leen. Pada Keesokkan Harinya Sebelum Abe Balik Ke Kelantan....Dia Meronda-ronda Jumpa Kawan-Kawan Di Segamat Ni....Bila Abe Balik Kerumah Kak Leen Dia Bawa Ikan Sungai Salai....Katanya Ada Seorang Kakak Tu Bagi Kat Abe. Selebihnya Dia Bawa Balik Ke Kelantan. Tapi Masa Tu Kat Rumah Kak Leen Dah Siap Masak Jadinya Terlewatlah Sedikit Memasak Ikan Salai Ni.

Dua Tiga Hari Lepas Tu Mak Kak Leen Datang Kerumah Kak Leen....Mak Kata Ikan Ni Sedap Masak Lemak Dengan Pisang Bakar...Masa Kak Leen Balik Dari Pejabat Kononnya Nak Masaklah Ikan Salai Tu..... Rupa-rupanya Mak Kak Leen Dah Siap Masakan.....Alhamdulilah....Terima Kasih Mak....Terima Kasih.....Budimu Sungguh Tak Ternilai. Masakan Mak Sememangnya Sedap Itulah Yang Kak Leen Tak Boleh Tahan!


Jom!! Jeling-Jeling Masakan Kak Leen


Inilah Ikan Sungai Salai Yang Mak Kak Leen Masak





Bahan-Bahan

8 Ekor Ikan Sungai Salai
5 Biji Pisang Bakar - Di Potong Dan Di Rebus
1/2 Inci Kunyit Hidup
2 Ulas Bawang Putih
6 Ulas Bawang Merah
10 Biji Cili Padi
1 Bungkus Santan Pekat
- Air Secukupnya
- Garam

Cara Menyediakannya:-

Pisang Di Rebus Hingga Empuk. Kemudian Tapis Dan Masukkan Ke Dalam Periuk Bersama Dengan Ikan Salai.

Tumbuk Kunyit, Cili Padi, Bawang Merah Dan Bawang Putih. Masukkan Kedalam Periuk. Kemudian Masukkan Pula Pati Santan Dan Air Secukupnya Serta Garam. Masak Sehingga Mendidih.

P/s: Mak Kak Leen Guna Santan Pekat Yang Di Jual Di Pasar.





Kebetulan Kat Rumah Tu Ada Daging Dan Sedikit Tulang...Kak Leen Terfikir Pulak Nak Masak Singgang Daging....Kebetulan Pulak Kak Jie-Jie Ada Resepinya....Inilah Singgang Daging Resepi Daripada KakJie-Jie Terima Kasih Kak Jie-Jie Kak Leen Tak Dapat Nak Balas Apa2 Kecuali Allah Sajer Yg Dapat Membalasnya

Daging Masak Singgang - Sumber KakJie-Jie




Bahan-Bahan:-

½ Kilo Daging(Dihiris Nipis), Sedikit Tulang, Sedikit Daging Berlemak.
8 Ulas Bawang Merah~Dimayang
5 Ulas Bawang Putih~Dimayang
2 Inci Halia~Dimayang
1 ½ Inci Lengkuas~Dimayang
Sejemput Ketumbar Biji~Ditumbuk Separuh Lumat
6 Biji Cili Kering~Dipotong,Dibersihkan Dan Direndam Dengan Air Panas.
Sedikit Gula Manisan/Gula Melaka( Lebih Kurang 1/2 Keping)
1 Keping Asam Keping Gelugur.
Garam Secukup Rasa
Air Untuk Kuah.

Cara Membuatnya:-

Tenggekkan Periuk Berisi Air Anggaran Cukup Untuk Daging 1/2 Kilo Di Atas Api. Masukkan Bahan2 Yang Dimayang, Ketumbar, Asam Keping, Daging, Tulang Dan Daging Berlemak.

Biarkan Kuah Mendidih Sehingga Daging Dan Tulang Empuk. Masukkan Cili Yang Telah Direndam, Garam Dan Gula Melaka. Biarkan Semua Bahan Mesra. Rasai Garamnya Dan Bolehlah Diangkat.




Ingatkan Kak Leen Terlepas Daripada Kena Tag.... Rupa-Rupanya Tidak... Inilah Jawapan Tag Yang Telah Kak Leen Terima Daripada Izan Dan CikWan Kak Leen Nak Ucapkan Terima Kasih Pada Cik Wan Kerana Terfikir Untuk Tag Kak Leen....Untuk Izan Pula Walaupun Dia Tak Listkan Nama Kak Leen Tapi Dia Kata Sapa2 Yang Masuk Fotopages Dia Silakan Jawab....Jadinya Kak Leen Mengambil Kesempatan Kat Sini Untuk Menjawabnya Kalau Ada Yang Tak Kena Dengan Jawapan Yang Di Berikan Kak Leen Minta Ampun Dan Maaf



Quote:
1 Name one person who made you laugh last night?
Haji Rosli…..Suami Tersayang

2. What were you doing at 0800?
Bersiap-bersiap Untuk Ke Pejabat

3. What were you doing 30 minutes ago?
Solat Maghrib

4. What happened to you in 2006?
Semua Kenangan Manis

5. What was the last thing you said out loud?
Tak Pernah Menjerit…Org Perempuan Tak Boleh Meninggikan Suara

6. How many beverages did you have today?
2 Kali Jer….Jaga Badan….Hahahaha

7. What color is your hairbrush?
Hitam

8. What was the last thing you paid for?
Maybank2u…..Personal Insurance

9. Where were you last night?
Kat Rumah Ler..Tgh Jawab Tag

10. What color is your front door?
Kelabu

11. Where do you keep your change?
Tempat2 Yg Menenangkan Fikiran

12. What's the weather like today?
Panas 35 darjah C

13. What's the best ice-cream flavor?
Vanilla

14. What excites you?
Bila Masak Sedap, Bila Menjahit Siap

15. Do you want to cut your hair?
Nantilaaa….

16. Are you over the age of 25?
Yer

17. Do you talk a lot?
Bergantung Pada Keadaan

18. Do you watch the O.C.?
Tiada

19. Do you know anyone named Steven?
Tiada

20. Do you make up your own words?
Tiada

21. Are you a jealous person?
Cemburu Dengan Suami Jer…Tanda Sayang

22. Name a friend whose name starts with the letter 'A'.
Ahmad Baktiar Rakan Sekolah

23. Name a friend whose name starts with the letter 'K'.
Tiada

24. Who's the first person on your received call list?
Suami Tersayang Laaa….Sapa Lagi….

25. What does the last text message you received say?
Tanda Nokta Lah…Hehehehehe

26. Do you chew on your straw?
Tiada

27. Do you have curly hair?
Tiada

28. Where's the next place you're going to?
Kelas Tuisyen – Ambil Anak

29. Who's the rudest person in your life?
Tiada

30. What was the last thing you ate?
Nasi

31. Will you get married in the future?
Cukuplah Abangku Seorang Yg Pertama Dan Terakhir

32. What's the best movie you've seen in the past 2 weeks?
Tiada

33. Is there anyone you like right now?
Keluarga

34. When was the last time you did the dishes?
6.30 Petang

35. Are you currently depressed?
Tiada

36. Did you cry today?
Tiada

37. Why did you answer and post this?
Sajer Suka-Suka.

38. Tag 5 people who would do this survey.
Kak Leen Tak Nak Tag Sapa2



Sedapnya masak lemak mak Lin ni... Sat 1-Mar-2008 05:41
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
makk oii..sedapnya. Leen mmg suka masakan tradisional la. Kalau sudi jengoklah http://kookiesNkeks.fotopages.com Ada wajik, lasagna, kookies n keks pun ada. Sudi2 la jengok Sat 1-Mar-2008 14:12
Posted by:kookiesNkeks  - [Link]
lapar nye terasa sambil mendengar lagu yg berirama 60an hihhihihih Sat 1-Mar-2008 14:18
Posted by:atoie  - [Link]
View all 42 comments


Wednesday, 20-Feb-2008 17:51 Email | Share | | Bookmark
Masakanku Untukmu Sayang!! - Episod 17

Nasi Ayam
Agar-Agar Dua Lapis
Assalamualaikum....
Untuk Pengetahuan Rakan-Rakan Fotopages..Inilah Tugas Harian Kak Leen Sebagai Seorang Isteri Yang Bekerja. Selepas Solat Subuh Kak Leen Menguruskan Adik Na Untuk Kesekolah. Biasanya Adik Na...Pergi Sekolah Jam 7.45 Pagi...Dan Balik Jam 4.30 Petang. Sekolah Dia Ni Lebih Kurang Macam Sekolah Berasrama....Makan Pagi Dan Tengahari Di Sediakan Oleh Pihak Sekolah. Kak Leen Pulak Pergi Kerja Jam 8.30 Pagi Sebelum Tu Biasanya Sarapan Di Luar Dengan Abang...Kadang-Kadang Jer Buat Sarapan Di Rumah....Tengahari Pula Masing2 Bawa Haluan Sendiri Kak Leen Makan Tengahari Dengan Kawan Sepejabat Sebab Tiap-Tiap Hari Abang Kak Leen Masuk Kerja Jam 12.00 Tengahari Hingga Jam 8.00 Malam....Kak Leen Pula Balik Kerja Jam 5.30 Petang...Sampai Rumah Buat Minum Petang Tengok Apa Yang Ada Mengikut Selera Adik Na Dan Abang...Pejabat Abang Hanya Di Tingkat Bawah Jadi Abang Boleh Naik Untuk Minum Petang Dan Solat Asar. Kalau Perlu Masak Barulah Kak Leen Bersilat Kat Dapur Untuk Mengejar Masa.....Kerana Jam 8.00 Malam Kak Leen Nak Menghantar Adik Na Ke Kelas Tuisyen. Jam 10.00 Malam Baru Adik Na Balik Dari Kelas. Kalau Kami Dah Makan Waktu Petang...Memang Jarang Makan Malam...Kecualilah Kalau Perut Lapar

Biasanya Kak Leen Rajin Memasak Di Hari Cuti Sabtu Dan Ahad...Memang Banyaklah Menu Yang Ada Kat Atas Meja...Dua Minggu Sekali Kak Leen Pergi Ziarah 2 Orang Anak Bujang Kak Leen Di Asrama...Masa Tulah Macam-Macam Bekalan Yang Kak Leen Bawa Untuk Mereka. Kalau Mereka Tahu Kak Leen Nak Datang, Siap Telefon Suruh Masak Apa Yang Mereka Ingin Nak Makan....Sampai Tak Pergi Makan Di Dewan Makan Kerana Menunggu Kak Leen Sampai.....Rasa Simpati Bila Melihat Anak-Anak Yang Tinggal Di Asrama Ni...

Tempohari Masa Kakak Ipar Kak Leen Sekeluarga Berkunjung Kerumah, Kak Leen Hidangkan Nasi Ayam .Kebetulan Pulak Tengahari Tu Kami Sama-Sama Sampai Dari Kampung. Jadi Kalau Masak Nasi Ayam Ni Ringkas Dan Mudah Untuk Disediakan...Tambahan Pula Anak-Anak Kami Memang Pun Suka Makan Nasi Ayam.....Ayam Lagiiiiiiii


Jom! Jeling-Jeling Masakan KakLeen



Nasi Ayam


Bahan-Bahan:-
4 Cawan Beras
6 Ulas Bawang Kecil
2 Cm Halia
4 1/2 Cawan Air Rebusan Tulang Ayam
2 Sudu Besar Majerin
- Tulang Ayam
- Garam Secukup Rasa

Bahan Ayam Goreng
1 Ekor Ayam
2 Cm Halia Kisar
5 Ulas Bawang Putih
2 Cm Kunyit
4 Sudu Besar Kicap Manis
2 Batang Serai Di Kisar
- Garam Secukup Rasa

Bahan Sup
2 Ulas Bawang Putih
1 Labu Bawang Besar
2 Cm Halia
- Baki Air Rebusan Tulang Ayam
- Garam Secukup Rasa
- Minyak Untuk Menumis
- Air
- Rempah Sup
- Rempah Penumis

Bahan Sambal
6 Biji Cili Merah
2 Biji Bawang Putih
- Gula Dan Garam Secukup Rasa

Cara Menyediakannya:-

Rebus Tulang Ayam. Bawang Merah Dan Halia Dihiris. Cairkan Majerin. Tumis Bawang Merah Dan Halia Kemudian Masukkan Air Rebusan Tulang Ayam Dan Beras Yang Telah Di Bersihkan. Masak Seperti Biasa.

Semua Bahan Untuk Ayam Goreng Di Kisar Kemudian Di Gaul Dengan Ayam Sehingga Rata Kemudian Di Perap Beberapa Jam Dan Goreng.

Untuk Sup...Bawang Putih, Bawang Besar, Halia Di Tumbuk. Tumiskan Rempah Penumis Dan Masukkan Semua Bahan Tumbuk, Rempah Sup Dan Baki Air Rebusan Tulang Ayam. Tambah Lagi Air Jikalau Air Rebusan Tadi Tidak Mencukupi. Masak Hingga Mendidih Kemudian Rasa Garam.

Untuk Sambal...Kisar Cili Merah Dan Bawang Putih. Kemudian Di Tumis. Masukkan Gula Dan Garam Secukupnya. Setelah Masak Bolehlah Di Hidangkan.




Ini Pula Agar-Agar Dua Lapis. Resepi Ni Kak Leen Ambil Daripada Koleksi Buku-Buku Resepi Kak Leen Atas Permintaan Adik Na......Kak Leen Nak Lapiskan Agar-Agar Ni Dalam Satu Bekas ...Tapi Adik Na Suruh Kak Leen Buat Sebiji-Sebiji....Inilah Hasilnya.....Tapi Kalau Kita Buat Kepada Tiga Lapisan Tentu Lebih Cantik...



Agar-Agar Dua Lapis


Bahan-Bahan:-
200 Gram Pasir
1 Paket Agar-Agar
1 Cawan Santan Pekat
6 Gelas Air
- Sedikit Pewarna Hijau Dan Kuning

Cara Menyediakannya:-

Didihkan Agar-Agar, Air Dan Gula Hingga Larut. Masukkan Santan Pekat Dan Kacau Rata. Bahagi Kepada 3 Bahagian. Dua Bahagian Di Bubuh Warna Hijau Dan Kuning. Satu Bahagian Lagi Di Biarkan Putih Warna Santan.

Tuangkan Adunan Putih Kedalam Acuan, Setelah Separuh Keras, Tuangkan Adunan Kuning Dan Hijau.
Kalau Nak Lapiskan Tiga Pun Boleh. Mengikut Cita Rasa Masing-Masing.





Jom! Kita Renung-Renungkan

Walaupun Kita Sibuk Dengan Tugas Harian, Tanggungjawab Pada Keluarga, Suami Dan Anak-Anak..Tetapi Kita Tidak Lupa Pada Ibu Dan Bapa Kita.....Dari Kecil Beliau Menjaga Kita Dengan Penuh Kasih Sayang...Dan Bersusah Payah Membesarkan Kita Sehingga Kita Berjaya Dalam Kehidupan. Semoga Kita Tidak Mempersia-siakan Pengorbanan Beliau. Harap Kita Senantiasa Mendoakan Kesejateraannya, Keselamatannya Dan Kesihatannya....Agar Dipermudahkan Untuk Mereka Menunaikan Ibadah.....Doa Anak Yang Soleh Itu Adalah Salah Satu Doa Yang Di Terima Sepenuhnya Oleh ALLAH.....Semoga Suatu Hari Nanti Anak-Anak Kita Akan Mengikut Cara Kita Dan Melakukan Yang Terbaik Untuk Kita.....Pada Ibubapa Kita Yang Telah Kembali Ke Rahmatullah....Marilah Sama-Sama Kita Sedekahkan Al-Fatihah Untuk Mereka......AL-FATIHAH



Adab Kepada Ibu Bapa

Quote:
Ketahuilah Wahai Muslim Dan Muslimah Bahawa Allah SWT Mewajibkan Kita Berbuat Baik Kepada Ibubapa. Adab Dan Cara Kita Mengadap Mereka Mesti Istimewa Daripada Menghadap Orang-Orang Lainnya.
Firman Allah:-
Dan Tuhanmu telah Memerintahkan Supaya Engkau Jangan Menyembah Selain Dia Dan Hendaklah Kamu Berbuat Baik Kepada Ibubapamu Dengan Sebaik-baiknya. Jika Salah Seorang Diantara Keduanya Atau Kedua-duanya Sampai Berumur Lanjut Dalam Pemeliharaanmu Keduanya Perkataan "Ah" Dan Janganlah Kamu Membentak Mereka Dan Ucapkanlah Kepada Mereka Perkataan Yang Mulia. Dan Rendahkanlah Dirimu Terhadap Mereka Berdua Dengan Penuh Kasih Sayang Dan Ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, Kasihanilah Mereka Berdua Sebagaimana Mereka Mengasuh Aku Sewaktu kecil"(Al-Isra: 23-24)

Sianak, Samaada Dia Lelaki Atau Wanita, Wajib Kepadanya Bercakap Secara Lembut, Sopan Dan Kasih Sayang Kepada Ibubapanya. Sianak Tidak Boleh Bersikap Kasar Dan Mengatakan Kata-Kata Yang Tidak Baik Sekalipun Ibubapanya Terkadang Memulakan Kata-Kata Kuat Dan Kasar.



Bahagianya ada orang yang boleh kita masakkan 'MUMS' sampai Episod 17. Bahagia juga lah jika kita x payah masak!?!
Pendekkata - Kebahagiaan ada dimana-mana....
Tue 26-Feb-2008 12:00
Posted by:Layman
tu la kan kak leen..air tangan isteri tu berkah buat semua..insyaAllah...
psstttt bungkuskan 6 nasi ayam eh cik..ahaks!
Tue 26-Feb-2008 12:15
Posted by:nabialishad  - [Link]
salam kak leen,lamer tak beramah mesra ngan akak..rindu ler.. ngancam warne agar2 kak leen tu..lawa.ader tag untuk akak di blog cikwan..sajer nak kenekan kak leen...ader maser buat wokey.. Wed 27-Feb-2008 09:23
Posted by:cikwan
View all 48 comments


Friday, 15-Feb-2008 14:15 Email | Share | | Bookmark
Pemberianmu Pemberianku

Dari Tok Untuk Kak Leen
Dari Kak Leen Untuk Tok


Assalamualaikum

Ini Adalah Dedikasi Yang Telah Kak Leen Buat Khas Untuk Membalas Dedikasi Daripada TokJanggut Dedikasi Ini Hanyalah Gambar Sebuah Masjid. Gambar Masjid Ini Adalah Salah Satu Daripada Gambar-Gambar Masjid Yang Menjadi Koleksi Kak Leen. Walaupun Bukan Kak Leen Yang Mengambil Gambar Masjid Ini....Tetapi Gambar Inilah Yang Paling Kak Leen Sayang.... Kak Leen Tiada Bermaksud Apa-Apa Dengan Gambar Ini. Gambar Ini Terpilih Untuk Di Berikan Kepada Tok Kerana Masjid Ini Adalah Diantara Masjid Yang Tercantik Di Dunia...Kalau Tak Silap... Kak Leen Berharap Tok Dapat Menerima Pembalasan Daripada Kak Leen Ini Seadanya Memandangkan Kak Leen Tak Pandai Nak Mengedit Gambar Seperti Mana Gambar Yang Tok Hadiahkan Kepada Kak Leen


Inilah Dedikasi Balasan Daripada Kak Leen Khas Untuk TokJanggut





Inilah Gambar Dedikasi Yang Telah Kak Leen Terima Daripada TokJanggut Kak Leen Benar-Benar Terharu Dengan Pemberian Ini....Dan Kak Leen Tidak Menyangka Kak Leen Adalah Salah Seorang Yang Terpilih....Tak Terbalas Rasanya Budi Beliau Pada Kak Leen....Untuk Mengedit Sesuatu Gambar Bukanlah Perkara Yang Mudah....Gambar Yang Perlu Di Letakkan Kena Ada Maksud Yang Tersendiri...Sesuai Atau Pun Tidak Pada Orang Yang Akan Kita Hadiahkan...Tetapi Tok Boleh Melakukannya Dengan Kreatif Sekali Syabas Tok!!!. Kak Leen Doakan Semoga Tok Akan Senantiasa Beroleh Kesejateraan, Kebahagiaan Yang Berkekalan, Kesihatan Yang Baik Serta Senantiasa Di Pelihara Oleh ALLAH Semoga Tok Dapat Terus Berkarya....Aminnnnn.

Ini Pula Dedikasi Yang Telah Kak Leen Terima DaripadaTokJanggut





Di Entry Yang Lepas Sabrina Telah Menerima 'Award" Daripada Kak Leen Dan Beliau Telah Mengucapkan Terima Kasih Kepada Kak Leen....Lihat Apa Yang Sab Buat.....Tak Cukup Dengan Ciuman Siap Bagi Kad Lagi Tu..... Walauapapun Terima Kasih Kembali Sab.....Semoga Persahabatan Kita Berkekalan....Aminnnn

Inilah Tanda Terima Kasih Daripada Sabrina Untuk KakLeen






Bicaraku Bicaramu

Quote:
Isa~>Insya Allah KakLeen Akan Cuba Menggunakan Website Yang Baru Ni
Sabrina~>Wah! Untungnya KakLeen Selalu Dapat Ciuman...Naik Lori Pun Tak Pe....Janji Gembira Dapat Tag Yang Besar-Besar Ni....Gambar Kat Fp KakLeen Pun Memang Dah Besar-Besar...Jadinya Tak Payahlah KakLeen Nak Besarkan Lagi....
MamaSya~>mamasya22@yahoo.com - Terima kasih Mama. Mama Pun Selalu Singgah Kat Fp KakLeen Ni...Sebagai Balasan Nak Bunga Untuk Mama
Elin~>elinatra@yahoo.com - Sajer Suka-Suka Jer Elin. KakLeen Dah Terima KakLeen Nak Kongsi Dengan Elin Pulak
FaziZaid~>Terima Kasih
Jeff~>Tok Janggut Dapat...Sebagai Balasan Daripada KakLeen
Nur~>Terima Kasih Nur...KakLeen Pun Tak Sangka Dapat Dedikasi Ni
CekDeSam~>Terima Kasih. Cek Masih Mengunjungi Fp KakLeen
Kamalina~>Yer..Masjid Kristal Pulau Wan Man
IdaNatrah~>ida_natrah@yahoo.com - Terima Kasih Ida
Kamalina~>Melatah Pulak Dia...Hehehehehe
Envy~>Insya Allah....Akan KakLeen Kunjungi Nanti...Terima Kasih....
OuledKenitra~>Hehehehe Memang Romantik Pun
Laman Bersih Badan Pun Sihat
Tolong Menolong Budaya Kita
Bukannya Selalu Badan Tu Penat
Sekali Sekala Mencari Pahala!
LynnHassan~>Kalau Mak Dan Abah Selalu Turun Sana....Tak Dapatlah Kita Jumpa Yer Lynn?
Rozeela~>KakLeen...Ni Nak Kata Tak Sihat....Sihat...Nak Kata Tak Sihat Macam Sihat....Semoga Kita Dianugerahkan Kesihatan Yg Baik...Aminnnn
Masriyah~>Terima Kasih....
TokJanggut~>azam61pd@yahoo.com - Mana Ada Org Nak Mengaku Dia Pandai....Kang Kalau Mengaku Ramai Pulak...Yg Mintak No Tel....Hehehehehe
Nn~>Terima Kasih Kerana N Bagi Gambar Kaabah Yg Belum N Pastekan Lagi Kat Fp...Terima Kasih N Terima kasih....Muaaaaaaaaaaaaaaah
Lieya~>lieya_latif@yahoo.com - Terima Kasih Lieya
Mia~>miacakehouse@yahoo.com - Betullah Mia Budak-Budak Memang Suka Cup Cakes...Tapi KakLeen Tak Pandai Buat....Pandai Makan Jer....Hehehehehe
Yana~>KakLeen Biasanya Jahit Baju Sendiri....Tapi Kalau Ada Yg KakLeen Nak Tempat KakLeen Beritahu Kemudian
UmmiAfiAnya~>Ingat...Ingat Lupa....Terima Kasih Masih Mengunjungi Fp KakLeen....
Meorjay~>meorjay65@yahoo.com - Alahai Meor...Kamu Nak Bawa Sungai Tu Untuk KakLeen Dengan Apa? Kalau Boleh Dengan Kontena...Dataran Johor KakLeen Sediakan...Wkakakakaka
MummyIrdina&Arrisa~>Ada Juga Yg Minat Dg KakLeen...Terima Kasih...Nak Bunga Untuk Mummy
ZaiKulim~>Sama-sama Kasih....Hehehehehe
SoulhaCairo~>Terima Kasih Kerana Mengunjungi Fp KakLeen
UmmiAqil~>Terima Kasih. Harap Kita Semua Senantiasa Berada Di Dalam Rahmad Allah...Aminnn
KamalinaKay~>Terima Kasih Kerana Mengunjungi Fp KakLeen......Tak Kira Samaada Ramai Atau Sikit Pun Sahabat Kita Yang Penting Setiap Persahabatan Itu Mesti Ikhlas Dan Jujur...Barulah Persahabatan Itu Akan Berkekalan
IzanMan~>Macam Mana Nak Eja Nama Dia Betul2 Sbb Masa Kak Leen Jumpa Dia....Tak Pakai Tanda Nama.....Hahahahahahahaha
Yaa~>Kalau Nak Belajar Masak Boleh Jer....Untuk Keluarga Sendiri Lepas Laaa....Tapi Taklah Setaraf Chef Wan.....Hehehehehe
Ezza~>Salam Perkenalan Juga Daripada KakLeen...Ada Ke Orang Yang Minat KakLeen Ni....Macam Artis Laaa Pulak...Ahaksss
Ouled Kenitra~> Jawapan Pantun Mu....
Dari Jauh Ku Sambut Lambaian
Lambaian Mesra Si Buah Hati
Agar Ouled Beroleh Ketenangan
Komen Penyelesaian Telah Diberi
LeeLin~>Ooooo Lin Orang Batu Pahat....Tak Sangka Kita Sekapal!
Jasmeen~>Terima Kasih Kerana Mengunjungi Fp KakLeen....Kalau Nak Jelajah Silakan....Kalau Nak Ciplak Pun Tak Kisah....Hanya Masakan Untuk Keluarga Sendiri.....

mama leen pandai edit.....waa..leh aja tak...wawa~ Wed 20-Feb-2008 21:51
Posted by:zilzal  - [Link]
omedetou gozaimasu tahniah Kak leen dpt award. .sugoiii desne..pandai kak leen edit Thu 21-Feb-2008 02:59
Posted by:sahar+zabar=wani&mimi  - [Link]
ohhh rupanye pandaii gakkk kak leen ni buat hadiah yea...dah bagus niii ...
memberi & menerima.......
Mon 25-Feb-2008 03:54
Posted by:ija  - [Link]
View all 38 comments


Monday, 11-Feb-2008 19:21 Email | Share | | Bookmark
Masakanku Untukmu Sayang!! - Episod 16

Ayam Masak Manis
Kentang Masak Lemak
Mee Hoon Goreng Sempoi
Assalamualaikum.....
Ni Nak Cerita Pasal Angan-Angan Kak Leen Yang Tak Menjadi Kenyataan.....Kak Leen Ingat Cuti Raya Cina Ni Nak Pergi Melancong Ke Langkawi....Tetapi Anak-Anak Kak Leen Hanya Bercuti Selama 4 Hari Jer....Macam Mana Nak Pergi.....Terpaksa Di Tunda Ke Suatu Tarikh Yang Lain Kak Leen Ajaklaaa Pulak Dia Orang Pergi Melaka....Sebelum Tu Ok Jer Semua.....Tetapi...Pada Keesokkan Harinya Selepas Subuh Semua Dok Tidur Lagi...Penat Kak Leen Gerakkan Mereka... Semuanya Susah Nak Bangun...Lebih-Lebih Lagi Si Bujang Kak Leen Yang 2 Orang Tu....Lepas Tu Kak Leen Nak Ajaklah Dia Orang Mandi2 Kat Gunung Ledang.....Mamanya Pulak Yang Lebih-Lebih....Hehehehehe....Sebab Gunung Ledang Tu Dekat Jer Dari Rumah Kak Leen....Siap Goreng Mee Hoon, Buat Sandwich Lagi....Tapi Semua Tak Nak Pergi ....Ada Yang Kata Malas...Ada Yang Tak Bawa Baju Mandi Dan Macam-Macam Alasan Mereka....Akhirnya Mee Hoon Dan Sandwich Tu Kak Leen Buat Minum Petang Jer....Lepas Tu Terus Balik Kampung Daaaaaaa

Semasa Di Kampung Di Pagi Jumaat Pulak Tu...Yang Si Akmal Ni Berjalan Pun Tak Pandang Bawah....Terpijak Pulak Besi Ubat Nyamuk....Apa Lagi Terdengkut2 Lah Berjalan....Ajak Pergi Klinik Pun Susah....Dalam Jugalah Lukanya Tu...Akhirnya Tampal Dengan Plaster Luka Jer.....Lepas Tu Kak Leen Berkemas Untuk Pergi Ziarah Pusara Aruwah Mak Mertua Kak Leen Kemudian Terus Balik Ke Segamat....Sampai Di Segamat Kelam Kabut Kak Leen Memasak Sebab Akak Ipar Kak Leen Nak Datang Kerumah....Kak Leen Masak Nasi Ayam Jer....Tapi Belum Sempat Nak Tampal Kat Fp Ni.....Pada Hari Sabtu Pulak Ada 4 Jemputan Kahwin...Pergi Mana Yang Sempat Jerlah....Hari Ahadnya Pula Sibuk Mengemas Untuk Menghantar Anak-Anak Pulang Ke Asrama....Begitulah Jadual Sepanjang Cuti Tahun Baru Cina

Ayam Masak Manis Ni Kegemaran Anak-Anak Kak Leen....Tapi Bukan Ayam Masak Masam Manis...Cara Memasaknya Berbeza....




Ayam Masak Manis


BAHAN-BAHAN

½ Ekor Ayam
8 Ulas Bawang Merah – Di Mayang
3 Ulas Bawang Putih – Di Mayang
4 Biji Lada Merah
2 Biji Buah Keras
3 Sudu Kicap Manis
1 Sudu Makan Gula Merah
1 Cawan Air
- Sedikit Belacan
- Sedikit Air Asam Jawa
- Garam Secukup Rasa


CARA MEMASAKNYA

Ayam Di Potong-Potong Dan Di Bersihkan. Tumbuk Buah Keras, Lada Dan Belacan.

Panaskan Minyak Dalam Kuali, Tumiskan Bawang Merah Dan Bawang Putih Hingga Kekuningan. Masukkan Bahan Tumbuk Tadi Dan Gula Merah Sambil Di Kacau Rata.

Masukkan Kicap Manis, Air, Air Asam Jawa Dan Garam. Kemudian Masukkan Ayam, Perlahankan Api Dan Tutup.

Apabila Ayam Telah Empuk Bolehlah Dihidangkan.




Menu Ni Pulak Kegemaran Abang Kak Leen....Tengok Tu Bila Masak Mesti Ada Tempe...Sayur Ni Biasanya Abang Kak Leen Suka Makan Dengan Sambal Belacan Tumbuk Dan Ikan Masin...Laju Jerlaaa Dia Makan....Kak Leen Pulak Tak Boleh Banyak Makan Tempe Ni, Semua Jenis Kekacang Dan Makanan Laut Kerana Kak Leen Ada Masalah Kesihatan...Sebahagian Daripada Nikmat Yang Diberikan Oleh Allah Telah Di Tarik Balik

Kentang Masak Lemak


BAHAN-BAHAN

2 Keping Tempe – Di Potong2
5 Biji Kentang - Di Belah 4
½ Batang Lobak Merah - Di Potong Bulat
1 Biji Bawang Besar
1 Biji Bawang Putih
2 Sudu Besar Udang Kering
1 Bungkus Kecil Soon – Di Rendam
1 Keping Tahu Kering – Di Rendam
1 Mangkuk Santan Pekat
1 ½ Mangkuk Santan Cair
2 Biji Lada Merah – Dibelah2
- Garam Secukup Rasa

CARA MENYEDIAKANNYA

Tumbuk Bawang Besar, Bawang Putih Dan Udang Kering Kemudian Masukkan Ke Dalam Periuk Bersama-sama Dengan Kentang, Lada Merah, Garam Dan Santan Cair. Masak Sehingga Kentang Separuh Empuk.

Kemudian Masukkan Tempe, Lobak Merah, Soon Dan Tahu Kering. Biarkan Mendidih Seketika. Akhir Sekali Masukkan Santan Pekat. Bila Telah Masak Rasa Garam Dan Bolehlah Di Hidangkan.




Mee Hoon Goreng Ni Kak Leen Bubuh Daging Dan Fish Ball Jer...Taugeh Pun Tak Masukkan....Anak-Anak Kak Leen Semua Tak Makan Taugeh...Jadi Tak Payah Masuk Lagi Bagus Daripada Dia Memilih Satu-Satu Letak Kat Tepi Pinggan...Membazir Jer.... Hehehehehe...Mana Agaknya Daging Kat Dalam Mee Hoon Kak Leen Ni Tak Nampak Pun????


Mee Hoon Goreng



BAHAN-BAHAN

1 Bungkus Mee Hoon
4 Keping Fish Cake
2 Peket Fish Ball
200 Gram Daging – Di Potong Kecil
2 Biji Bawang Besar
2 Biji Bawang Putih
15 Tangkai Cili Kering
1 Ikat Sawi – Di Kerat2
- Sedikit Belacan
- Sedikit Garam
- Sedikit Gula


CARA MENYEDIAKANNYA

Rendam Mee Hoon Sehingga Lembut.

Kisar Cili Kering, Belacan, Bawang Merah Dan Bawang Putih. Kemudian Tumis Bahan Kisar Tersebut Hingga Wangi. Masukkan Pula Daging, Fish Ball Dan Fish Cake. Masak Sehingga Daging Empuk. Masukkan Pula Gula, Garam Dan Sawi. Akhir Sekali Masukkan Mee Hoon Yang Telah Di Rendam Tadi. Setelah Masak Bolehlah Di Hidangkan.




Sebelum Ini Kak Leen Terima Award Daripada MamaSya Tetapi Pada Hari Ini Kak Leen Terima Lagi 2 Award Daripada MeorJay Dan MaDiHa Terima Kasih Kak Leen Nak Ucapkan Kepada Mereka Bertiga Ini...Dan Kak Leen Menyayangi Semua Rakan-Rakan Fotopages Dengan Setulus Hati Yang Ikhlas....Tiada Sebarang Sifat Iri Hati, Kecil Hati, Cemburu Atau Sebaliknya.....Semoga Persahabatan Ini kekal Hingga Ke Akhir Hayat Kak Leen.....Insya Allah.....

Inilah Award-Award Yang Telah Kak Leen Terima.... Terima Kasih MamaSya Terima Kasih MeorJay Dan Terima Kasih MaDiHa




Dan Award Di Bawah Ini Kak Leen Terima Daripada MeorJay Ini Kak Leen Serahkan Kepada.....



1. Elin
2. MamaFami
3. Bonda
4. Zety
5. Kuzi

Award Yang Ini Pula Kak Leen Terima Daripada MaDiHa Dan Kak Leen Serahkan Kepada



1. KakRus
2. Kamalina
3. Sabrina
4. UmmiAqil
5. Nic

Haraplah Di Persudikan Jua Untuk Membawa Award-Award Ini Untuk Di Hiaskan Dirumah Masing-Masing Sebagai Kenang-Kenangan




Bicaraku Untukmu Teman...

Quote:
Feqah~>Anak-Anak Suka Makan Ayam...Kenalah Ubah-Ubah Resepi Kalau Sama Jer Kak Leen Yang Rasa Jemu
Sabar+Zar=Wani&Mimi~>Kalau Datang Segamat Nanti Kak Leen Masakan Untuk Zar
Zaiton~>zaiton_yatim@yahoo.com - Leen Ni Baru Jer Belajar Edit2 Gambar Masih Tak Pandai Lagi.
Meorjay~>meorjay65@yahoo.com - KakLeen Siap Pakai Baju Berkedip2 Nak Ambil Award...Terima Kasih Daripada Kak Leen
Re: Kalau Nak Makan Masakan KakLeen....Boleh Jer....Byk Pahala Kak Leen Dapat Kerana Menjamu Kawan-Kawan Daripada Masakan Kak Leen Sendiri....Mudah-Mudahan Murah Rezeki Kak Leen
Nur~>KakLeen Bawa Award Ni Pakai Kereta Jer....Sebab Award Ni Comel Sangat Paling KakLeen Suka
MaDiHa~>Award Yg Ni Besar Sikit...KakLeen Kena Bawa Van Laaa Pulak.... Terima Kasih MaDiha...Ni Bunga Untuk MaDiha
Zira~>Kalau Rajin...Lajulaaa Kak Leen Update Fp Ni...Kalau Tak Rajin....Nampaknya KakLeen Kena Kunci Rumah Ler
Omaq~>miloki@gmail.com - Pi Tolong KakLeen Carikan Burung Puyuh...Nanti KakLeen Masakan!
MamaFami~>Yer Ke Mengoncang Kalbu Ni Ma? Masakan Biasa-Biasa Jer Tu
Unnamed~>Meleleh Air Liur Kena Mop Sendiri Kalau Tak De Kena Beli Ek
Sabrina~>Apasal Sab Sampai Menjilat Pinggan...Kalau Anak Dara Tak Layak Jadi Menantu KakLeen!
MamaFami~>Ok. Kat Mana Pun Mama Nak Letakkan Award Ni Tak Kisahlah Janji Menjadi Hiasan Kat Rumah Mama
ZaiKulim~>zbintim@yahoo.com - Sabar Tetap Kena Sabar Sebab Tak Boleh Nak Ambil...Hehehe
SoulhaCairo~>Terima Kasih Singgah Di Fp KakLeen...Nak Cilok..Cilok Ler
ZaiKulim~>zbintim@yahoo.com - Memang KakLeen Senantiasa Mencari Ketenangan Dan Kedamaian Walaupun Tanpa Pohon Hijau
Sabrina~>Terasa Ciumanmu Sampai Kesini...Hehehehe Macam Ni Boleh Selalu Bagi Award Akan Selalu Dapat Ciuman Hehehehehe
PemancingIkan~>Kalau Anak KakLeen TakDapat Makan Ayam...Nanti Kelaparanlah Dia Org Tu
BondaRaqnR~>Yang Tak Disangka Tu Kadang2 Yg Muncul....Hehehe...Sama2 Tocheh
MakLang~>maklang_06@yahoo.com - Kat Mana Nak Cari Barasso Ni...Puas Cari Tak Jumpa...Kalau MakLang Ada...Leen Nak Sikit Bolehhhh...Hehehehe
Lieya~>lieya_latif@yahoo.com - Anak-Anak KakLeen Memang Suka Makan Ayam...Biasanya Seorang Ibu Akan Mengutamakan Selera Suami Dan Anak-Anak
MamaElla~>Masakan Isteri Itu Adalah Pengikat Kasih Sayang Antara Kita Sekeluarga
LeeLin~>Janganlah Sampai Tak Datang Sini Nanti Kang KakLeen Merajuk Tutup Fp
MamaBatrica~>zalyn_batrisya@yahoo.com - Ayam Tu Tak Payah Goreng Dahulu. Yer Mama...KakLeen Orang Segamat
BoxHouseStudio~>Terima Kasih Tun. Anak KakLeen Dah Ok. Semoga Kita Sama-Sama Beroleh Kesihatan Yang Baik
MamaSya~>Memang KakLeen Terima Award Ni Dari "M" Untuk "M" Ini Bermakna KakLeen Ramai Kawan Bermula Dengan Hurul "M"
Ieba~>Kalau Dah Lapar Kena Cepat Pi Makan...Kalau Perut Dah Nyanyi Lagu Keroncong Nanti Lagi Susah
Kamalina~>Walaikumsalam. Award Tu Tanda Persahabatan. Semoga Persahabatan Yang Sedia Ada Ini Akan Berkekalan Selamanya
IdaIsk~>merpati66@yahoo.com - Betula Ida Anak-Anak Kalau Dah Besar Memang Susah Nak Ikut Mamanya
Meorjay~>meorjay65@yahoo.com - KakLeen Dah Tengok Yg Tersayang...Tak Sangka Cucu Nenek Dah Besar Hehehehehe
MummyIrdina&Arrissa~>Masa Rajin Nak Masak...Kalau Masa Mr "M" Datang Kedai Sebelah Lah Jawabnya...Hehehehehehe
Unnamed~>Nak Bagi Macam Mana...KakLeen Tak Mengenali Mu
RoyLazim~>Boleh! Boleh! Mahu Minum Air Apa Ar?
Jeff~>Masak Jer Apa Yg Terfikir...Janji Semua Barang Ada Kat Peti Sejuk...Nak Kata Banyak Idea Tak Jugak...
Ed~>Masak Jangan Tak Masak
PemancingIkan~Info Pasal Agama Memang KakLeen Suka...Bila Kita Membacanya Akan Lahir Rasa Keinsafan
TokJanggut~>Daripada Komen2 KakLeen Tu KakLeen Tak Mengharapkan Apa2..Kan KakLeen Ni Memang Suka Mengomen...Hehehehe...Kalau Tok Rasa Nak Bagi Hadiah Pada KakLeen Terima Kasih Bebanyak...Syukur Alhamdulilah
Kuchai~>Mereka Penatlah Tu...Cuti2 Ni Pun Masih Ada HomeWork Yang Perlu Disiapkan
TokJanggut~>Terima Kasih...Terima Kasih Dan Terima Kasih....Dedikasi Tok Untuk KakLeen Memang Cantik...
BeautyNtheBeads~>beautynthebeads@gmail.com - Terima Kasih. Nanti KakLeen Hiaskan Kat Rumah KakLeen...Hasil Usaha TokJanggut Tu
Zety~>Sama-Sama...Sayang KakLeen Ke? Hehehehe Tak Sangka Ada Org Sayang
OuledKentra~>
Harum Baunya Si Bunga Rampai
Untuk Dihadiahkan Para Jemputan
Selamat Pengantin Baru Ucapan Di Beri
Agar Bahagia Sepanjang Kehidupan
Yong-IbuChempaka~>Lapar Kena Cari Kat Dapur....Hari Ni Yong Masak Apa Ek?
Layman~>Terima Kasih Singgah Di Fp KakLeen
MamaCa~>Boleh...Bolehhh...Kalau Nak Cuba Apa Salahnya

cedapppnya....lapor la pulak.. Fri 15-Feb-2008 14:55
Posted by:yOnG*ibu Chempaka  - [Link]
Nice to hear from you... Sure will open your fp masa2 tertentu utuk klik part menu tu... Jgn marah iols jadikan uols cook book! Mon 18-Feb-2008 06:09
Posted by:Layman
sedapnya ayam masak manis kak leennnnn..tgk pun tau sedap..nak try la nanti...!!!! Tue 19-Feb-2008 03:26
Posted by:mama ca mierafaziera@yahoo.com  - [Link]
View all 44 comments


Tuesday, 5-Feb-2008 19:44 Email | Share | | Bookmark
Masakanku Untukmu Sayang!! - Episod 15

AyamMasakTaucu
Award Mamasya
TenggiriMasakKari
Assalamualaikum Kepada Rakan-Rakan Yang Disayangi
Alhamdulilah Dengan Keizinannya Berjumpa Kita Sekali Lagi Di Entry Ini....Untuk Itu Kak Leen Paparkan Dua Menu Masakan Yang Telah Kak Leen Cuba Untuk Tatapan Semua

Menu Yang Pertama Ini Adalah Ayam Masak Taucu Yang Telah Kak Leen Ambil Daripada Salah Sebuah Majalah Koleksi Kak Leen...Pada Pengemar Masakan Ayam Bolehlah Di Katakan Sedap Terutama Anak-Anak Kita Yang Suka Makan Ayam! Aaaayammmm....Bermacammmm....Ayaaaammm...Hehehehe... Cuba Teka Lagu Nyanyian Siapa Tu?



Ayam Masak Taucu


Quote:
BAHAN-BAHAN

Isi Ayam – Di Hiris Nipis Dan Digoreng
Taucu
Halia – Dihiris
Bawang Besar – Dihiris
Cili Benggala Hijau – Di Hiris Memanjang
Sedikit Kicap Pekat
Minyak Untuk Menumis

CARA MEMASAKNYA…

Tumis Bawang Besar Dan Halia Hingga Naik Baunya. MasukkanTauchu, Kicap Pekat, Ayam, Cili Benggala. Gaul Rata Dan Biarkan Seketika…Sedia Untuk Di Hidangkan.




Quote:
Malam Tadi Kak Leen Buka Fotopages...Tiba-Tiba Kak Leen Merasa Terharu Kerana Kak Leen Mendapat Award Daripada Mamasya Kak Leen Tak Sangka Sama Sekali Mamasya Sanggup Menghadiahkan Award Ini Kepada Kak Leen...Award Ini Sepatutnya Diterima Oleh Orang-Orang Tertentu Yang Lebih Pandai Memasak Daripada Kak Leen...Walaubagaimana Pun Terima Kasih Mama....Award Mu Ini Akan Kak Leen Jadikan Perhiasan Di Rumah Kak Leen....



Award Daripada Mamasya

Award Ini Juga Akan Kak Leen Kongsi Bersama Dengan Rakan-Rakan Fotopages Yang Lain Bagi Mengeratkan Silaturrahim Diantara Kita. Penerima-Penerima Award Seterusnya Adalah.....


1 Abah Along

2 Hajar

3 IzanMan

4 IdaNatrah

5 TokJanggut

Harap Kepada Penerima-Penerima Award Ini Dapat Membawa Pulang Award Masing-Masing Untuk Dihias Di Rumah Sendiri.



Ini Pula Tenggiri Masak Kari Kegemaran Kak Leen Dan Suami ....Selalu Kak Leen Masak Kari Kak Leen Tak Pernah Bubuh Halba Kali Ini Kak Leen Cuba Bubuh Halba.....Sedap Weiiiii Kalau Cicah Dengan Roti Canai Mesti Makan Tak Toleh Belakang....

Apalaaa Kak Leen Ni Kata Nak Kurus Tapi Asyik Ingat Roti Canai Jer.... Kalau Tak Boleh Roti Canai Apa Kata Kak Leen Gantikan Dengan Roti Jala.....Hehehehehe.....



Tenggiri Masak Kari


Quote:
BAHAN-BAHAN

Ikan Tenggiri
Bawang Putih
Halia
Bawang Merah
Serbuk Kari Ikan
Daun Kari
Kacang Bendi
Buah Tomato
Sedikit Halba
Sdikit Air Asam Jawa
Santan Pekat
Air
Garam


CARA MEMASAKNYA…

Kisar Bawang Putih, Bawang Merah Dan Halia Kemudian Tumis Bersama Dengan Daun Kari Sehingga Wangi. Masukan Halba Kacau Lagi Sehingga Naik Baunya. Masukkan Serbuk Kari Yang Telah Di Bancuh Dengan Air. Kacau Hingga Naik Minyak.

Masukkan Air, Air Asam Jawa Dan Garam. Masukkan Santan Pekat Kacau Hingga Sebati. Masukkan Ikan Dan Masak Hingga Ikan Empuk. Akhir Sekali Masukkan Tomato Dan Kacang Bendi….







Bicaraku Buatmu Teman...

Quote:
01OuledKentra~>Tersenyum Seorg Kak Leen Baca Komenmu....Nanti Kak Leen Free Kak Leen Jeling-Jeling Kat Fpmu...

02PemancingIkan~>Terima Kasih

03AbahAlong~>Hehehehe Kelakarlah Abah Ni...Tak Sangka Hati Abah Boleh Kembang Boleh Kuncup...Macam Bunga Pulak

04Hajar~>Selalu Mmg Ikan Masak Taucu...Kali Ni Kak Leen Cuba Ayam Masak Taucu...Tapi Sedap Juga...

05Nur~>Tak Adalah Nur. Sapa2 Boleh Dapat Award Tu...Tak Kiralah Pandai Masak Ke Tak...Tanda Persahabatan Jer...

06Zety~>Kak Leen Sihat Alhamdulilah...Ni Sekrg Tgh Busy Tu Yg Tak Chat

07Jeff~>Gambar Ni Bila Dah Di Besarkan Mmg Nampak Jelas...Baru Belajar...Apapun Terima Kasih Jeff

08MamaFami~>Nampak Jer Sedap....Cuba Dulu Barulah Tahu Sedap Atau Tidak

09SrsFeqah~>Terima Kasih....Masakan Kat Fp Rakan-Rakan Lain Lagi Sedap...Kak Leen Masak Main Campak-Campak Jer...Lepaslah Untuk Keluarga Sendiri

10Umi-Kal~>Sekali Sekala Memang Rasa Sedap Tetapi Bila Selalu Tentu Rasa Jemu Kan?

11Lie~>syahmie12@yahoo.com - Sedap Ke? Rasalaaa Dulu

12Mamasya~>mamasya22@yahoo.com - Kalau Mama Dah Tunggu Dapur Kak Leen...Nampaknya Kak Leen Boleh Relax Laaa...Hehehehehe

13Sabrina~>Ini Kalau Dah Cuba Kena Jemput Kak Leen Sebagai Tetamu...Hehehehe....Gurau Jer Sab Terima Kasih Kalau Sab Nak Mencuba....Memang Kak Leen Suka

14Sahar+Zar=Wani&Mimi~>Zar Selalu Cakap Jepun Dengan Kak Leen...Kalau Macam Ni Kak Leen Kena Ikuti Kelas Bahasa Jepun!

15Masriyah~>Kak Leen Baru Nak Belajar Buat Gambar Besar....Ada Sekali Tu Gedabak Jadinya.....

16TokJanggut1961~>azam61pd@yahoo.com - Sama-sama Tok...Kak Leen Pun Kadang2 Lewat Masuk Kat Fp Tok...Dan Kadang-Kadang Tak Sempat Nak Tinggalkan Komen...Bergantung Pada Keadaan...Apapun Terima Kasih Tok Masih Sudi Singgah Di Fp Kak Leen

17Yong*IbuChempaka~>Kalau Dah Lapar Pergilaa Makan...Nanti Perut Nyanyi Lagu Keroncong

18Inaa~>nfifhm@yahoo.com - Cubalaa Sedap Atau Tidak Kena Sms Kak Leen....Hehehehe

19FarEast~>Pi Makan Dulu Nanti Kak Leen Klik! Klik! Klik! Kat Link Tu

20IzanMan~>Award Inilah Yg Istimewanya...Khas Untuk Izan

21BeautynTheBeads~>Sama-Sama Kasih....Kalau Kak Leen Pakai Baju Merelip2 Kat Dapur...Mahu Pengsan Suami Kak Leen.....Nanti Dia Kata Apahal Leen Buang Tabiat Ke! Ahksss

Re: Kak Leen Org Johor Anak Jati Segamat! Hihihihi

22IzanMan~>Sama-sama Kasih....Kak Leen Tinggal Di Segamat, Johor

23Mummy Irdina&Arissa~>Betul Mummy Lagu Asal Nyanyian Jalil Hamid Tetapi Telah Di Ciplak Oleh Taukeh Ayam! Hehehehehe

24RoyLazim~>Kalau Nak Cuba...Terima Kasih Daun Keladi...Hehehehehe

25Nic~>Kari Fav Mu...Bila Nak Cuba?

26Auntie Filffy~>Wsalam. Orang Pahang Dan Orang Johor Tak Banyak Beza Masakannya...Mak Tiri Kak Leen Orang Pahang...Masakan Dia Memang Best!

27Mknace~>mknace@gmail.com - Mamasya Yg Bagi Award Pada Kak Leen Ni...Rasa Terharu Kak Leen Dibuatnya....Dan Terima Kasih Untuknya...

28MaDiHa~>Betul Tu Kalau Bubuh Halba Campur Memang Sedap.....

29Korok~>Kesihan Kat Ayam Jer Ke? Bagaimana Pulak Dengan Ikan? Hehehehe

30Apple~>Baru Minggu Lepas Kak Leen Balik Kg

31MummyJam~>Kalau Melilih Kena Ambil Tisu Mop Sendiri

32Meorjay~>meorjay65@yahoo.com-Apasal Dah Habis Baru Nak Mintak...Kan Dah Tak Dapat Rasa...Hehehehe

33KakRus~>Terima Kasih Bebanyak Kalau Kak Rus Nak Mencubanya









Kak rus kena cuba resepi ayam masak taucu.....pasal ayam ada,taucu pun ada....
Terima kasih Leen dgn resepi tu.......
Tue 12-Feb-2008 14:40
Posted by:kak rus kak_rusnah@yahoo.com  - [Link]
Kak Leen ---- izan tinggal kat kuantan lagi ...belum dapat tukar ke Subang lagi..insya allah bulan MAC nie baru dapat tukar ke Subang/Shah Alam...

Asben izan dah posting ke TUDM subang, so nanti izan akan tinggal di Kuarters TUDM Subang.....jemputlah datang umah izan di Subang
Thu 14-Feb-2008 03:51
Posted by:izanman  - [Link]
kak leen...1st time kat fp kak leen ni rasa sayu jer..mayb sebab lagu yang mendayu2 kot...
http://faheems78.fotopages.com
Tue 4-Mar-2008 07:38
Posted by:faheems78 faheems78@yahoo.com  - [Link]
View all 35 comments


Tuesday, 5-Feb-2008 08:48 Email | Share | | Bookmark
Terima Kasih Edoras

 
Terima kasih Sekali lagi Untuk Edoras Bunga Ros Ni Mmg Cantik....Kak Leen Suka Bunga Ros Kerana Baunya Yang Harummmm Walau Pun Dahannya Berduri....Hehehehehe...





Bicaraku Buatmu Teman...

Quote:
01MummyJam~>Terima Kasih Mummy

02Mamasya~>Cantikkk Kak Leen Pun Suka

03Sabrina~>Tunggu Jangan Tak Tunggu...

04Mamasya~>Terima Kasih Mama!

05Ed~>Ros Kuning Tu Kesukaan Kak Leen

06MamaHouse~>Gambar Tu Dah Lama Tersimpan Dalam Komputer...Tak Ingat Ambil Dimana

07Yaa~>Selalu Singgah Tapi Tak Komen...Sekarang Dah Tinggalkan Komen....Terima Kasih Bebanyak

cantik ros kuning tu.... Wed 6-Feb-2008 00:20
Posted by:ed  - [Link]
seronok jugak main berbalas dedicated ni ye...
memang unik la Edoras ni....hihihih
Gambar yg Kak Leen bagi pun nampak cantik....macam pro je amik gambar orkid tu....hihihi
Wed 6-Feb-2008 02:01
Posted by:mammahouse mammahouse@gmail.com  - [Link]
hi kak leen..yaa slalu lawat fp ni..tp x berkesempatan nk add comment..skrg br blh..
suke btl yaa tgk masakan2 kak lee...buat yaa terliur je...
Wed 6-Feb-2008 05:14
Posted by:yaa yaa_alan@yahoo.com  - [Link]
View all 7 comments


Sunday, 3-Feb-2008 18:22 Email | Share | | Bookmark
Masakanku Untukmu Sayang!! - Episod 14

Laksa Penang
Cempedak Goreng
Kek Coklat Kukus
View all 6 photos...
Assalamualaikum
Laksa Penang Kegemaran Adik Na....Kebetulan Pula Adik Ipar Kak Leen Nak Datang Kerumah....Jadinya Kak Leen Hidangkan Sekali Dengan Laksa Penang


Laksa Penang


Quote:
BAHAN-BAHAN

1 Kilo Laksa Di Celur
1 Kilo Ikan Kembung
2 Batang Bunga Kantan
1 Ikan Daun Kesum
1 Senduk Cili Kisar
5 Keping Asam Gelugur
½ Keping Belacan / 2 Sudu Besar Otak Udang
2 Biji Bawang Besar
2 Biji Buah Keras
1 Batang Serai
- Garam Secukup Rasa

BAHAN HIASAN

Daun Salad
Timun
Lada Hidup
Bawang Besar
Limau Nipis / Kasturi
Sambal Belacan

CARA MEMASAKNYA:-

Ikan Di Rebus Hingga Lembut Tulangnya. Kemudian Kisar Isi Ikan Hingga Halus.

Bawang Besar, Belacan Dan Buah Keras Di Kisar Kemudian Di Masukkan Kedalam Periuk Bersama-sama Dengan Cili Kisar, Bunga Kantan, Serai, Asam Gelugur, Daun Kesum Serta Air. Biarkan Mendidih.

Setelah Mendidih Masukkan Isi Ikan Yang Telah Di Kisar Tadi Bersama Garam. Masak Lagi. Setelah Masak Bolehlah Di Hidangkan.

Hiris Semua Bahan Hiasan Mengikut Citarasa Sendiri. Masukkan Laksa Kedalam Pinggan Kemudian Masukkan Bahan Hiasan.Dan Tuangkan Kuah Keatasnya





Cempedak Goreng Inilah Buah Cempedak Daripada Hasil Kebun Yang Di Usahakan Oleh Abang Kak Leen...Bila Datang Seminggu Sekali Buah Cempedak Ni Selalu Jer Hilang.....Agaknya Boleh Berjalan Sendiri Kot....Hehehehehe....Nasib Lah Kalau Ada Rezeki Kami Sekeluarga Dapatlah Merasa Kalau Tidak Anggaplah Amal Jariah....


Cempedak Goreng


Quote:
BAHAN-BAHAN:-

1 Biji Cempedak
2 Cawan Tepung Gandum
1 Biji Telor
- Air
- Sedikit Kunyit
- Sedikit Garam

CARA MEMASAK :-

Masukkan Air Kedalam Mangkuk, Kunyit Dan Garam. Kemudian Masukkan Tepung Sedikit Demi Sedikit Dan Akhir Sekali Masukkan Telor...Kacau Rata.

Celupkan Cempedak Kedalam Adunan Tersebut Dan Goreng Sehingga Kekuningan.

P/s:- Kalau Guna Tepung Beras...Jangan Masukkan Telor.





Kek Coklat Kukus Ini Pula Sumber Dari Zaima....Tetapi Kak Leen Tak Ingat Daripada Fotopages Siapa Yang Kak Leen Ambil Resepi Ni.... Bila Dah Salin Resepi Lupa Pulak Nak Tulis Daripada Fotopages Siapa.....Kak Leen Minta Maaf Banyak - Banyak


Kek Coklat Kukus


Quote:
BAHAN A

¾ Cawan Serbuk Koko – Resepi Asal 1 Cawan
1 Cawan Susu Cair
1 Cawan Minyak Masak
1 Cawan Gula Kastor
½ Cawan Susu Pekat Manis

BAHAN B

1 ¼ Cawan Tepung Gandum
1 Sudu Teh Soda Bicarbonate
1 Sudu Teh Baking Powder

BAHAN C

3 Biji Telor

CARA MEMASAKNYA…

Semua Bahan A Masukkan Kedalam Periuk Dan Panaskan Sebentar Hingga Gula Larut. Sejukkan.

Pukul Bahan C Hingga Kembang. Masukkan Kedalam Bahan A. Kaub Balik Hingga Bahan C Bercampur Serata Dengan Bahan A.

Tepung Gandum, Soda Bicarbonet Dan Serbuk Penaik Di Campur Dan Di Ayak. Kemudian Sedikit Demi Sedikit Masukkan Kedalam Adunan Coklat Tadi Sambil Kaub Balikkan Hingga Serata.

Tutup Bekas Kek Dengan Alumunium Foil Untuk Mengelakkan Air Menitik Keatas Permukaan Kek. Kukus Selama 1 Jam Atau Hingga Kek Masak.

Sumber
Zaima






Bicaraku Buatmu Teman...

Quote:
01MummyJam~>Ada Setengah2 Org Memang Tak Suka Bau Cempedak Ni

02Hazie~>Kalau Nak Jahit Baju Yg Ada Manik Ni...Kak Leen Mmg Tak Pandai!

03Kuchai~>Dah Habis Baru Nak Minta..Hehehehe

04Jeff~>Sesekali Banyakkan Pilihan.... Lagi Pun Ada Tetamu Berkunjung Kerumah

05Ocham~>Pi Balik Kg Suruh Mak Masak! Mmg Masakan Mak Cukup Sedap

06Sh~>Rasa Dulu Baru Tahu Sedap Atau Tidak

07Zizal~>Kalau Selalu Masak Bahan Yg Sama Mmg Jemu...Kalau Senantiasa Bertukar Menu...Mmg Tak Kuar Rumah!

08Lieya~>Terima Kasih Singgah Di Rumah Kak Leen!..Dah Habis Baru Nak Mintak

09Zanaz~>Kat Sini Tgh Musim Cempedak Mmg Ada Yg Jual...Kat Kebun Kak Leen Tgh Banyak Buah

10MaDiHa~>Hai Masa Tgh Rajin Tu Bulat-Bulatkan...Masa Tgh Malas...KakLeen Potong2 Jer Tak Kiralaaaa Laksa Apa

11Umi-Kal~>Buah Pun Pandai Berjalan...Kot Masa Kak Leen Tak Ada Di Kebun Tu..Buah Tu Tumbuh Kaki Agaknya

12EryneJasmine~>Apa Nak Makan Kena Usahakan Cepat...Kalau Lambat2 Takut Tak Dapat...Nanti Babynya Ngencis!

13Mamasya~>Bila Beli Bunga Kantan...Atau Daun Kesum Samaada Nak Masak Asam Pedas Atau Laksa....

14Sabrina~>Mana Boleh Lawan Yg Mak Masak...Air Tangan Mak Memang Sedap! Lamanya Sab Tak Update Fp

Laksa penang ni favorit saya K.leen... semlm ke pasar dah ambil bunga kantan tp letak balik sbb rancang nak beli nanti sbb week end baru nak buat laksa.kek colat kukus k.leenpun nampak sedaplah.... Tue 5-Feb-2008 11:08
Posted by:mamasya mamasya22@yahoo.com  - [Link]
Sedapnya laksa penang Kak Leen tu.. terliur Sab dibuatnya.. Arituh Sab ada try buat laksa penang.. oklah kot.. menjadi jugak cuma tak sesedap yang mak masak.. hehehe Tue 5-Feb-2008 11:54
Posted by:Sabrina  - [Link]
Laksa penang oishii, klu makan yg air tangan org lain buat lagilah sedap Sat 9-Feb-2008 10:20
Posted by:Sahar+Zar=Wani&Mimi  - [Link]
View all 15 comments


Saturday, 2-Feb-2008 11:09 Email | Share | | Bookmark
Dedikasi Daripada Kak Leen

Untuk Edoras
Untuk Kak Leen
Dedikasi Ini Khas Untuk Edoras...Sebagai Membalas Budi.....
Tetapi Dedikasi Ini Melambangkan Bunga Orkid....Sebab Kak Leen Minat Pada Orkid.....Kak Leen Minta Maaf Jikalau Ada Yang Terkurang...Almaklumlah "Mak Budak Baru Belajar" A'haksssss.....


Inilah Tanda Terima Kasih....


Dedikasi Ini Berbentuk Seekor Kumbang......Kak Leen Takut Dengan Kumbang Ni....Sewaktu Kecil2 Dulu Kalau Nakal....Kumbang Nilah Yang Mak Cari Untuk Diberikan Kepada Kak Leen Kalau Kak Leen Nakal Masa Tu Lah Menjerit-jerit Menangis...Janji Tak Buat Lagi.....Itulah Dia Kenangan Silam....

Dedikasi Daripada Edoras....(Ulang Tayang)




Bicaraku Buatmu Teman...

Quote:
01MamaFami~>Kalau Tak Ada Bunga...Mati Beragan Sang Kumbang!

02Edoras~>Dunia Sekarang Dah Macam-Macam Yg Terbalik!

03Anna~>Mmg Sajer Nak Di Terbalikkan Supaya Jangan Jadi Real..

04Zakiahz~>Sekrg Mana Nak Cari Sang Kumbang Tu Lagi....Kalau Ada Pun Mungkin Kat Kebun Kelapa....

05Sabrina~>Kumbang Tu Edoras Yg Bagi Bukan Kak Leen Shot Sendiri...

06Za~>Mana Ada Mengancam Za...Biasa Jer...

07Rinn~>Sapa Lagi Kalau Bukan MamaFami

08BeautyTheBeads~>Orkit Memang Cantik...Secantik Namanya...

09Jeff~>Cantik Ke Jeff...."Mak Budak Baru Belajar"

10TokJanggut~>Org Dah Bagi Kita Hanya Menerima..

11Filffy~>Nak Edit Mengedit Ni Kena Tengok Masa Gak Dulu...Kadang2 Tersalah Edit!

12TokJanggut~>Tahu Tok Memang Suka Bergurau...

13Amm~>Kalau Forum Perdana Ehwal Islam Kak Leen Jadi Peminat No. 1 Terima Kasih Singgah Di Fp Kak Leen

14Hajar~>Harap Macam Tulah Sajer Untuk Suka-Suka

15Yong@IbuChempaka~>Edoras Bagi Kumbang Pada Kak Leen. Kak Leen Balas Bagi Bunga Tu Yg Jadi Terrrrbalikkkk...Hehehehehe

16FarEast~>Kalau Nak Kena Dedikasi Tu Ada Syarat2nya

17Rani~>Orkid Ni Mmg Orang Perempuan Suka....Suka Tenung, Suka Belek Dan Suka Usap...Rasa Hilang Semua Masalah Bila Menatapnya!

18Kamalina~>Mmg Syok Bila Ada Yg Buat UD-ID

19OuledKenitra~>Mmg Nakal Sungguh! Cian Sang Kumbang Dibuat Helikopter!

20AbahAlong~>Mungkin Ada Lagi Sang Kumbang Ni...Mungkin Tak Ada...Kalau Ada Pun Mungkin Tak Banyak Macam Dulu...

21AiduraSofiee~>Ini Edoras Yg Shot!

masa daku bebudak, kumbang tu daku ikat ngan tali buat helikopter

Entryku hari ini

Raga rotan diisi duku
Diisi cermat satu persatu
Dapat daun si ulat buku
Dapat peluang nak sambar satu
Mon 4-Feb-2008 07:00
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
Abah pun suka main kumbang tu............. tapi lani ade lagi ke kumbang tu......dah lama bebeno abah tak nampak.... Mon 4-Feb-2008 11:52
Posted by:Abah along  - [Link]
lovely shot. Tue 5-Feb-2008 08:49
Posted by:aidura sofiee  - [Link]
View all 21 comments


[<<  <  [1]  2  3  4  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.