Automate your Marketing
with Womplify




 


By: Kak Lin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 17-Jun-2008 13:46 Email | Share | | Bookmark
Assalamualaikum.....

Jumpa Kak Lin Disini.....
http:/kaklins-gallery.blogspot.com


Saturday, 1-Mar-2008 12:35 Email | Share | | Bookmark
Titian Perjalanan 2

Assalamualaikum
Dalam Dua Minggu Ni Kak Leen Terlalu Sibuk.....Jam 8.00 Pagi Hingga 5.30 Petang Di Pejabat....Balik Dari Pejabat Terus Ke Johor Bahru.....Kadang-Kadang Ke Kluang.......Sampai Dirumah Jam 2.00 Atau Jam 3.00 Pagi.....Esoknya Kerja Seperti Biasa.........Aduhai!!!........ Macam Yang Berhormat...... Semua Ni Kak Leen Lakukan Atas Urusan Kerja Abang Kak Leen Tetapi Kak Leen Ni Telah Di Lantik Untuk Menjadi Setiausaha Peribadinya.....Maka Mana Dia Pergi Kak Leen Kenalah Temankan........ Abang Kak Leen Ni Tak Berapa Awas Memandu Waktu Malam.......Walaupun Pakai Cermin Mata..........Tu Yang Dia Ajak Kak Leen Kemana Jer Dia Pergi......Terasa Jugalah Penatnya......Tetapi......Apa Nak Buatkan.......Pengorbanan Demi Kebahagiaan......

Buat Sementara Waktu Sebelum Kak Leen Memulakan Entry - Entry Masakan Kak Leen Seterusnya Apa Kata Kita Muasabah Diri Dengan Menghayati......Perkara-Perkara Berikut....... Sekurang-kurangnya Bolehlah Di Jadikan Panduan Di Dalam Kita Berdoa......Dan.....Bermunajat Kepada Allah





Adab-Adab Berdoa

Keadaan Diri Masih Berwuduk Serta Bersih Dari Sebarang Kotoran, Hadas Dan Najis.

Memulakan Doa Dengan Membaca "Bismillah" Dan Ucapan Memuji-Muji Allah Serta Berselawat Keatas Nabi S.A.W.

Mengadap Ke Arah Kiblat.

Memohon Keampunan Dengan Merendahkan Diri Serta Mengaku Akan Kesalahan Diri Di Atas Dosa Dan Kesilapan Yang Telah Di Lakukan Sebelum Berdoa.

Berdoa Dan Memohon Kepada Allah Dengan Bersungguh-Sungguh Serta Memahami Segala Isi Kandungan Dan Maksud Doa.

Berdoa Dengan Penuh Khusyuk, Tawaduk Dan Ikhlas Hati Serta Merendahkan Suara.

Mendahulukan Doa Dan Permintaan Untuk Diri Sendiri Terlebih Dahulu Sebelum Berdoa Untuk Mereka Yang Lain.

Berdoa Dan Mengulangi Bacaan Doa Sebanyak 3 Kali Bagi Sesuatu Hajat Yang Lebih Berat Atau Yang Lebih Di Utamakan.

Menghindari Diri Dari Sesuatu Yang Di Tegah Dan Dilarang Oleh Agama Sama Ada Pada Pakaian, Makanan, Minuman Atau Pun Pekerjaan.

Berdoa Untuk Kaum Muslimin Dan Muslimat Secara Seluruhnya Untuk Kesejateraan Mereka Tidak Kira Yang Hidup Ataupun Yang Telah Meninggal Dunia.




Waktu Terbaik Berdoa

Waktu Sahur

Waktu Selepas Azan Sebelum Iqamah

Waktu 1/3 Malam

Waktu Hujan Lebat

Waktu Melihat Ka'abah

Waktu Tawaf & Sa'ei

Waktu Setiap Kali Lepas Solat

Waktu Setiap Kali Lepas Membaca Al Quran

Waktu Hampir Untuk Berbuka Puasa

Waktu Berpuasa Wajib Atau Berpuasa Sunat

Waktu Diantara Dua Khutbah Jumaat

Waktu Diantara Iqamah Dan Solat

Waktu Berkumpul Dalam Majlis Ilmu Atau Majlis Zikir

Waktu Dalam Kesedihan, Kesusahan Dan Penderitaan

Waktu Semasa Hendak Meminum Air Zam-Zam


Quote:
Orang Yang Beriman Selama-Lamanya Cinta Kepada Allah. Semakin Menebal Keimanannya, Semakin Mendalam Perasaan Cintanya. Jika Sudah Di Lamun Cinta, Dimatanya Sering Terbayang Akan Apa Yang Dicintainya. Demikian Juga Dengan Seluruh Rongga Kalbu, Penuh Dengan Rasa Rindu


Wednesday, 27-Feb-2008 16:42 Email | Share | | Bookmark
Masakanku Untukmu Sayang!! - Episod 18

 
 
Assalamualaikum

Untuk Pengetahuan Semua Di Pejabat Kak Leen Memang Ramai Pelajar-Pelajar Daripada UiTM Menjalani Latihan Amali. Setiap 6 Bulan Sekali Silih Berganti....Mereka Semua Rapat Dengan Keluarga Kak Leen...Salah Seorang Daripada Bekas Pelajar Ni Berasal Daripada Jeli, Kelantan. Namanya Ahmad Asfuddin Tapi Kak Leen Panggil Dia Abe....Macam Tulah Dia Bahasakan Diri Dia. Sebulan Yang Lepas Abe Ada Pergi Ke Johor Bahru....Balik Daripada Johor Bahru Abe Singgah Di Segamat Dan Tidur Di Rumah Kak Leen. Pada Keesokkan Harinya Sebelum Abe Balik Ke Kelantan....Dia Meronda-ronda Jumpa Kawan-Kawan Di Segamat Ni....Bila Abe Balik Kerumah Kak Leen Dia Bawa Ikan Sungai Salai....Katanya Ada Seorang Kakak Tu Bagi Kat Abe. Selebihnya Dia Bawa Balik Ke Kelantan. Tapi Masa Tu Kat Rumah Kak Leen Dah Siap Masak Jadinya Terlewatlah Sedikit Memasak Ikan Salai Ni.

Dua Tiga Hari Lepas Tu Mak Kak Leen Datang Kerumah Kak Leen....Mak Kata Ikan Ni Sedap Masak Lemak Dengan Pisang Bakar...Masa Kak Leen Balik Dari Pejabat Kononnya Nak Masaklah Ikan Salai Tu..... Rupa-rupanya Mak Kak Leen Dah Siap Masakan.....Alhamdulilah....Terima Kasih Mak....Terima Kasih.....Budimu Sungguh Tak Ternilai. Masakan Mak Sememangnya Sedap Itulah Yang Kak Leen Tak Boleh Tahan!


Jom!! Jeling-Jeling Masakan Kak Leen


Inilah Ikan Sungai Salai Yang Mak Kak Leen Masak





Bahan-Bahan

8 Ekor Ikan Sungai Salai
5 Biji Pisang Bakar - Di Potong Dan Di Rebus
1/2 Inci Kunyit Hidup
2 Ulas Bawang Putih
6 Ulas Bawang Merah
10 Biji Cili Padi
1 Bungkus Santan Pekat
- Air Secukupnya
- Garam

Cara Menyediakannya:-

Pisang Di Rebus Hingga Empuk. Kemudian Tapis Dan Masukkan Ke Dalam Periuk Bersama Dengan Ikan Salai.

Tumbuk Kunyit, Cili Padi, Bawang Merah Dan Bawang Putih. Masukkan Kedalam Periuk. Kemudian Masukkan Pula Pati Santan Dan Air Secukupnya Serta Garam. Masak Sehingga Mendidih.

P/s: Mak Kak Leen Guna Santan Pekat Yang Di Jual Di Pasar.





Kebetulan Kat Rumah Tu Ada Daging Dan Sedikit Tulang...Kak Leen Terfikir Pulak Nak Masak Singgang Daging....Kebetulan Pulak Kak Jie-Jie Ada Resepinya....Inilah Singgang Daging Resepi Daripada KakJie-Jie Terima Kasih Kak Jie-Jie Kak Leen Tak Dapat Nak Balas Apa2 Kecuali Allah Sajer Yg Dapat Membalasnya

Daging Masak Singgang - Sumber KakJie-Jie




Bahan-Bahan:-

½ Kilo Daging(Dihiris Nipis), Sedikit Tulang, Sedikit Daging Berlemak.
8 Ulas Bawang Merah~Dimayang
5 Ulas Bawang Putih~Dimayang
2 Inci Halia~Dimayang
1 ½ Inci Lengkuas~Dimayang
Sejemput Ketumbar Biji~Ditumbuk Separuh Lumat
6 Biji Cili Kering~Dipotong,Dibersihkan Dan Direndam Dengan Air Panas.
Sedikit Gula Manisan/Gula Melaka( Lebih Kurang 1/2 Keping)
1 Keping Asam Keping Gelugur.
Garam Secukup Rasa
Air Untuk Kuah.

Cara Membuatnya:-

Tenggekkan Periuk Berisi Air Anggaran Cukup Untuk Daging 1/2 Kilo Di Atas Api. Masukkan Bahan2 Yang Dimayang, Ketumbar, Asam Keping, Daging, Tulang Dan Daging Berlemak.

Biarkan Kuah Mendidih Sehingga Daging Dan Tulang Empuk. Masukkan Cili Yang Telah Direndam, Garam Dan Gula Melaka. Biarkan Semua Bahan Mesra. Rasai Garamnya Dan Bolehlah Diangkat.




Ingatkan Kak Leen Terlepas Daripada Kena Tag.... Rupa-Rupanya Tidak... Inilah Jawapan Tag Yang Telah Kak Leen Terima Daripada Izan Dan CikWan Kak Leen Nak Ucapkan Terima Kasih Pada Cik Wan Kerana Terfikir Untuk Tag Kak Leen....Untuk Izan Pula Walaupun Dia Tak Listkan Nama Kak Leen Tapi Dia Kata Sapa2 Yang Masuk Fotopages Dia Silakan Jawab....Jadinya Kak Leen Mengambil Kesempatan Kat Sini Untuk Menjawabnya Kalau Ada Yang Tak Kena Dengan Jawapan Yang Di Berikan Kak Leen Minta Ampun Dan Maaf



Quote:
1 Name one person who made you laugh last night?
Haji Rosli…..Suami Tersayang

2. What were you doing at 0800?
Bersiap-bersiap Untuk Ke Pejabat

3. What were you doing 30 minutes ago?
Solat Maghrib

4. What happened to you in 2006?
Semua Kenangan Manis

5. What was the last thing you said out loud?
Tak Pernah Menjerit…Org Perempuan Tak Boleh Meninggikan Suara

6. How many beverages did you have today?
2 Kali Jer….Jaga Badan….Hahahaha

7. What color is your hairbrush?
Hitam

8. What was the last thing you paid for?
Maybank2u…..Personal Insurance

9. Where were you last night?
Kat Rumah Ler..Tgh Jawab Tag

10. What color is your front door?
Kelabu

11. Where do you keep your change?
Tempat2 Yg Menenangkan Fikiran

12. What's the weather like today?
Panas 35 darjah C

13. What's the best ice-cream flavor?
Vanilla

14. What excites you?
Bila Masak Sedap, Bila Menjahit Siap

15. Do you want to cut your hair?
Nantilaaa….

16. Are you over the age of 25?
Yer

17. Do you talk a lot?
Bergantung Pada Keadaan

18. Do you watch the O.C.?
Tiada

19. Do you know anyone named Steven?
Tiada

20. Do you make up your own words?
Tiada

21. Are you a jealous person?
Cemburu Dengan Suami Jer…Tanda Sayang

22. Name a friend whose name starts with the letter 'A'.
Ahmad Baktiar Rakan Sekolah

23. Name a friend whose name starts with the letter 'K'.
Tiada

24. Who's the first person on your received call list?
Suami Tersayang Laaa….Sapa Lagi….

25. What does the last text message you received say?
Tanda Nokta Lah…Hehehehehe

26. Do you chew on your straw?
Tiada

27. Do you have curly hair?
Tiada

28. Where's the next place you're going to?
Kelas Tuisyen – Ambil Anak

29. Who's the rudest person in your life?
Tiada

30. What was the last thing you ate?
Nasi

31. Will you get married in the future?
Cukuplah Abangku Seorang Yg Pertama Dan Terakhir

32. What's the best movie you've seen in the past 2 weeks?
Tiada

33. Is there anyone you like right now?
Keluarga

34. When was the last time you did the dishes?
6.30 Petang

35. Are you currently depressed?
Tiada

36. Did you cry today?
Tiada

37. Why did you answer and post this?
Sajer Suka-Suka.

38. Tag 5 people who would do this survey.
Kak Leen Tak Nak Tag Sapa2




Wednesday, 20-Feb-2008 17:51 Email | Share | | Bookmark
Masakanku Untukmu Sayang!! - Episod 17

Nasi Ayam
Agar-Agar Dua Lapis
Assalamualaikum....
Untuk Pengetahuan Rakan-Rakan Fotopages..Inilah Tugas Harian Kak Leen Sebagai Seorang Isteri Yang Bekerja. Selepas Solat Subuh Kak Leen Menguruskan Adik Na Untuk Kesekolah. Biasanya Adik Na...Pergi Sekolah Jam 7.45 Pagi...Dan Balik Jam 4.30 Petang. Sekolah Dia Ni Lebih Kurang Macam Sekolah Berasrama....Makan Pagi Dan Tengahari Di Sediakan Oleh Pihak Sekolah. Kak Leen Pulak Pergi Kerja Jam 8.30 Pagi Sebelum Tu Biasanya Sarapan Di Luar Dengan Abang...Kadang-Kadang Jer Buat Sarapan Di Rumah....Tengahari Pula Masing2 Bawa Haluan Sendiri Kak Leen Makan Tengahari Dengan Kawan Sepejabat Sebab Tiap-Tiap Hari Abang Kak Leen Masuk Kerja Jam 12.00 Tengahari Hingga Jam 8.00 Malam....Kak Leen Pula Balik Kerja Jam 5.30 Petang...Sampai Rumah Buat Minum Petang Tengok Apa Yang Ada Mengikut Selera Adik Na Dan Abang...Pejabat Abang Hanya Di Tingkat Bawah Jadi Abang Boleh Naik Untuk Minum Petang Dan Solat Asar. Kalau Perlu Masak Barulah Kak Leen Bersilat Kat Dapur Untuk Mengejar Masa.....Kerana Jam 8.00 Malam Kak Leen Nak Menghantar Adik Na Ke Kelas Tuisyen. Jam 10.00 Malam Baru Adik Na Balik Dari Kelas. Kalau Kami Dah Makan Waktu Petang...Memang Jarang Makan Malam...Kecualilah Kalau Perut Lapar

Biasanya Kak Leen Rajin Memasak Di Hari Cuti Sabtu Dan Ahad...Memang Banyaklah Menu Yang Ada Kat Atas Meja...Dua Minggu Sekali Kak Leen Pergi Ziarah 2 Orang Anak Bujang Kak Leen Di Asrama...Masa Tulah Macam-Macam Bekalan Yang Kak Leen Bawa Untuk Mereka. Kalau Mereka Tahu Kak Leen Nak Datang, Siap Telefon Suruh Masak Apa Yang Mereka Ingin Nak Makan....Sampai Tak Pergi Makan Di Dewan Makan Kerana Menunggu Kak Leen Sampai.....Rasa Simpati Bila Melihat Anak-Anak Yang Tinggal Di Asrama Ni...

Tempohari Masa Kakak Ipar Kak Leen Sekeluarga Berkunjung Kerumah, Kak Leen Hidangkan Nasi Ayam .Kebetulan Pulak Tengahari Tu Kami Sama-Sama Sampai Dari Kampung. Jadi Kalau Masak Nasi Ayam Ni Ringkas Dan Mudah Untuk Disediakan...Tambahan Pula Anak-Anak Kami Memang Pun Suka Makan Nasi Ayam.....Ayam Lagiiiiiiii


Jom! Jeling-Jeling Masakan KakLeen



Nasi Ayam


Bahan-Bahan:-
4 Cawan Beras
6 Ulas Bawang Kecil
2 Cm Halia
4 1/2 Cawan Air Rebusan Tulang Ayam
2 Sudu Besar Majerin
- Tulang Ayam
- Garam Secukup Rasa

Bahan Ayam Goreng
1 Ekor Ayam
2 Cm Halia Kisar
5 Ulas Bawang Putih
2 Cm Kunyit
4 Sudu Besar Kicap Manis
2 Batang Serai Di Kisar
- Garam Secukup Rasa

Bahan Sup
2 Ulas Bawang Putih
1 Labu Bawang Besar
2 Cm Halia
- Baki Air Rebusan Tulang Ayam
- Garam Secukup Rasa
- Minyak Untuk Menumis
- Air
- Rempah Sup
- Rempah Penumis

Bahan Sambal
6 Biji Cili Merah
2 Biji Bawang Putih
- Gula Dan Garam Secukup Rasa

Cara Menyediakannya:-

Rebus Tulang Ayam. Bawang Merah Dan Halia Dihiris. Cairkan Majerin. Tumis Bawang Merah Dan Halia Kemudian Masukkan Air Rebusan Tulang Ayam Dan Beras Yang Telah Di Bersihkan. Masak Seperti Biasa.

Semua Bahan Untuk Ayam Goreng Di Kisar Kemudian Di Gaul Dengan Ayam Sehingga Rata Kemudian Di Perap Beberapa Jam Dan Goreng.

Untuk Sup...Bawang Putih, Bawang Besar, Halia Di Tumbuk. Tumiskan Rempah Penumis Dan Masukkan Semua Bahan Tumbuk, Rempah Sup Dan Baki Air Rebusan Tulang Ayam. Tambah Lagi Air Jikalau Air Rebusan Tadi Tidak Mencukupi. Masak Hingga Mendidih Kemudian Rasa Garam.

Untuk Sambal...Kisar Cili Merah Dan Bawang Putih. Kemudian Di Tumis. Masukkan Gula Dan Garam Secukupnya. Setelah Masak Bolehlah Di Hidangkan.




Ini Pula Agar-Agar Dua Lapis. Resepi Ni Kak Leen Ambil Daripada Koleksi Buku-Buku Resepi Kak Leen Atas Permintaan Adik Na......Kak Leen Nak Lapiskan Agar-Agar Ni Dalam Satu Bekas ...Tapi Adik Na Suruh Kak Leen Buat Sebiji-Sebiji....Inilah Hasilnya.....Tapi Kalau Kita Buat Kepada Tiga Lapisan Tentu Lebih Cantik...



Agar-Agar Dua Lapis


Bahan-Bahan:-
200 Gram Pasir
1 Paket Agar-Agar
1 Cawan Santan Pekat
6 Gelas Air
- Sedikit Pewarna Hijau Dan Kuning

Cara Menyediakannya:-

Didihkan Agar-Agar, Air Dan Gula Hingga Larut. Masukkan Santan Pekat Dan Kacau Rata. Bahagi Kepada 3 Bahagian. Dua Bahagian Di Bubuh Warna Hijau Dan Kuning. Satu Bahagian Lagi Di Biarkan Putih Warna Santan.

Tuangkan Adunan Putih Kedalam Acuan, Setelah Separuh Keras, Tuangkan Adunan Kuning Dan Hijau.
Kalau Nak Lapiskan Tiga Pun Boleh. Mengikut Cita Rasa Masing-Masing.





Jom! Kita Renung-Renungkan

Walaupun Kita Sibuk Dengan Tugas Harian, Tanggungjawab Pada Keluarga, Suami Dan Anak-Anak..Tetapi Kita Tidak Lupa Pada Ibu Dan Bapa Kita.....Dari Kecil Beliau Menjaga Kita Dengan Penuh Kasih Sayang...Dan Bersusah Payah Membesarkan Kita Sehingga Kita Berjaya Dalam Kehidupan. Semoga Kita Tidak Mempersia-siakan Pengorbanan Beliau. Harap Kita Senantiasa Mendoakan Kesejateraannya, Keselamatannya Dan Kesihatannya....Agar Dipermudahkan Untuk Mereka Menunaikan Ibadah.....Doa Anak Yang Soleh Itu Adalah Salah Satu Doa Yang Di Terima Sepenuhnya Oleh ALLAH.....Semoga Suatu Hari Nanti Anak-Anak Kita Akan Mengikut Cara Kita Dan Melakukan Yang Terbaik Untuk Kita.....Pada Ibubapa Kita Yang Telah Kembali Ke Rahmatullah....Marilah Sama-Sama Kita Sedekahkan Al-Fatihah Untuk Mereka......AL-FATIHAH



Adab Kepada Ibu Bapa

Quote:
Ketahuilah Wahai Muslim Dan Muslimah Bahawa Allah SWT Mewajibkan Kita Berbuat Baik Kepada Ibubapa. Adab Dan Cara Kita Mengadap Mereka Mesti Istimewa Daripada Menghadap Orang-Orang Lainnya.
Firman Allah:-
Dan Tuhanmu telah Memerintahkan Supaya Engkau Jangan Menyembah Selain Dia Dan Hendaklah Kamu Berbuat Baik Kepada Ibubapamu Dengan Sebaik-baiknya. Jika Salah Seorang Diantara Keduanya Atau Kedua-duanya Sampai Berumur Lanjut Dalam Pemeliharaanmu Keduanya Perkataan "Ah" Dan Janganlah Kamu Membentak Mereka Dan Ucapkanlah Kepada Mereka Perkataan Yang Mulia. Dan Rendahkanlah Dirimu Terhadap Mereka Berdua Dengan Penuh Kasih Sayang Dan Ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, Kasihanilah Mereka Berdua Sebagaimana Mereka Mengasuh Aku Sewaktu kecil"(Al-Isra: 23-24)

Sianak, Samaada Dia Lelaki Atau Wanita, Wajib Kepadanya Bercakap Secara Lembut, Sopan Dan Kasih Sayang Kepada Ibubapanya. Sianak Tidak Boleh Bersikap Kasar Dan Mengatakan Kata-Kata Yang Tidak Baik Sekalipun Ibubapanya Terkadang Memulakan Kata-Kata Kuat Dan Kasar.




Friday, 15-Feb-2008 14:15 Email | Share | | Bookmark
Pemberianmu Pemberianku

Dari Tok Untuk Kak Leen
Dari Kak Leen Untuk Tok


Assalamualaikum

Ini Adalah Dedikasi Yang Telah Kak Leen Buat Khas Untuk Membalas Dedikasi Daripada TokJanggut Dedikasi Ini Hanyalah Gambar Sebuah Masjid. Gambar Masjid Ini Adalah Salah Satu Daripada Gambar-Gambar Masjid Yang Menjadi Koleksi Kak Leen. Walaupun Bukan Kak Leen Yang Mengambil Gambar Masjid Ini....Tetapi Gambar Inilah Yang Paling Kak Leen Sayang.... Kak Leen Tiada Bermaksud Apa-Apa Dengan Gambar Ini. Gambar Ini Terpilih Untuk Di Berikan Kepada Tok Kerana Masjid Ini Adalah Diantara Masjid Yang Tercantik Di Dunia...Kalau Tak Silap... Kak Leen Berharap Tok Dapat Menerima Pembalasan Daripada Kak Leen Ini Seadanya Memandangkan Kak Leen Tak Pandai Nak Mengedit Gambar Seperti Mana Gambar Yang Tok Hadiahkan Kepada Kak Leen


Inilah Dedikasi Balasan Daripada Kak Leen Khas Untuk TokJanggut





Inilah Gambar Dedikasi Yang Telah Kak Leen Terima Daripada TokJanggut Kak Leen Benar-Benar Terharu Dengan Pemberian Ini....Dan Kak Leen Tidak Menyangka Kak Leen Adalah Salah Seorang Yang Terpilih....Tak Terbalas Rasanya Budi Beliau Pada Kak Leen....Untuk Mengedit Sesuatu Gambar Bukanlah Perkara Yang Mudah....Gambar Yang Perlu Di Letakkan Kena Ada Maksud Yang Tersendiri...Sesuai Atau Pun Tidak Pada Orang Yang Akan Kita Hadiahkan...Tetapi Tok Boleh Melakukannya Dengan Kreatif Sekali Syabas Tok!!!. Kak Leen Doakan Semoga Tok Akan Senantiasa Beroleh Kesejateraan, Kebahagiaan Yang Berkekalan, Kesihatan Yang Baik Serta Senantiasa Di Pelihara Oleh ALLAH Semoga Tok Dapat Terus Berkarya....Aminnnnn.

Ini Pula Dedikasi Yang Telah Kak Leen Terima DaripadaTokJanggut





Di Entry Yang Lepas Sabrina Telah Menerima 'Award" Daripada Kak Leen Dan Beliau Telah Mengucapkan Terima Kasih Kepada Kak Leen....Lihat Apa Yang Sab Buat.....Tak Cukup Dengan Ciuman Siap Bagi Kad Lagi Tu..... Walauapapun Terima Kasih Kembali Sab.....Semoga Persahabatan Kita Berkekalan....Aminnnn

Inilah Tanda Terima Kasih Daripada Sabrina Untuk KakLeen






Bicaraku Bicaramu

Quote:
Isa~>Insya Allah KakLeen Akan Cuba Menggunakan Website Yang Baru Ni
Sabrina~>Wah! Untungnya KakLeen Selalu Dapat Ciuman...Naik Lori Pun Tak Pe....Janji Gembira Dapat Tag Yang Besar-Besar Ni....Gambar Kat Fp KakLeen Pun Memang Dah Besar-Besar...Jadinya Tak Payahlah KakLeen Nak Besarkan Lagi....
MamaSya~>mamasya22@yahoo.com - Terima kasih Mama. Mama Pun Selalu Singgah Kat Fp KakLeen Ni...Sebagai Balasan Nak Bunga Untuk Mama
Elin~>elinatra@yahoo.com - Sajer Suka-Suka Jer Elin. KakLeen Dah Terima KakLeen Nak Kongsi Dengan Elin Pulak
FaziZaid~>Terima Kasih
Jeff~>Tok Janggut Dapat...Sebagai Balasan Daripada KakLeen
Nur~>Terima Kasih Nur...KakLeen Pun Tak Sangka Dapat Dedikasi Ni
CekDeSam~>Terima Kasih. Cek Masih Mengunjungi Fp KakLeen
Kamalina~>Yer..Masjid Kristal Pulau Wan Man
IdaNatrah~>ida_natrah@yahoo.com - Terima Kasih Ida
Kamalina~>Melatah Pulak Dia...Hehehehehe
Envy~>Insya Allah....Akan KakLeen Kunjungi Nanti...Terima Kasih....
OuledKenitra~>Hehehehe Memang Romantik Pun
Laman Bersih Badan Pun Sihat
Tolong Menolong Budaya Kita
Bukannya Selalu Badan Tu Penat
Sekali Sekala Mencari Pahala!
LynnHassan~>Kalau Mak Dan Abah Selalu Turun Sana....Tak Dapatlah Kita Jumpa Yer Lynn?
Rozeela~>KakLeen...Ni Nak Kata Tak Sihat....Sihat...Nak Kata Tak Sihat Macam Sihat....Semoga Kita Dianugerahkan Kesihatan Yg Baik...Aminnnn
Masriyah~>Terima Kasih....
TokJanggut~>azam61pd@yahoo.com - Mana Ada Org Nak Mengaku Dia Pandai....Kang Kalau Mengaku Ramai Pulak...Yg Mintak No Tel....Hehehehehe
Nn~>Terima Kasih Kerana N Bagi Gambar Kaabah Yg Belum N Pastekan Lagi Kat Fp...Terima Kasih N Terima kasih....Muaaaaaaaaaaaaaaah
Lieya~>lieya_latif@yahoo.com - Terima Kasih Lieya
Mia~>miacakehouse@yahoo.com - Betullah Mia Budak-Budak Memang Suka Cup Cakes...Tapi KakLeen Tak Pandai Buat....Pandai Makan Jer....Hehehehehe
Yana~>KakLeen Biasanya Jahit Baju Sendiri....Tapi Kalau Ada Yg KakLeen Nak Tempat KakLeen Beritahu Kemudian
UmmiAfiAnya~>Ingat...Ingat Lupa....Terima Kasih Masih Mengunjungi Fp KakLeen....
Meorjay~>meorjay65@yahoo.com - Alahai Meor...Kamu Nak Bawa Sungai Tu Untuk KakLeen Dengan Apa? Kalau Boleh Dengan Kontena...Dataran Johor KakLeen Sediakan...Wkakakakaka
MummyIrdina&Arrisa~>Ada Juga Yg Minat Dg KakLeen...Terima Kasih...Nak Bunga Untuk Mummy
ZaiKulim~>Sama-sama Kasih....Hehehehehe
SoulhaCairo~>Terima Kasih Kerana Mengunjungi Fp KakLeen
UmmiAqil~>Terima Kasih. Harap Kita Semua Senantiasa Berada Di Dalam Rahmad Allah...Aminnn
KamalinaKay~>Terima Kasih Kerana Mengunjungi Fp KakLeen......Tak Kira Samaada Ramai Atau Sikit Pun Sahabat Kita Yang Penting Setiap Persahabatan Itu Mesti Ikhlas Dan Jujur...Barulah Persahabatan Itu Akan Berkekalan
IzanMan~>Macam Mana Nak Eja Nama Dia Betul2 Sbb Masa Kak Leen Jumpa Dia....Tak Pakai Tanda Nama.....Hahahahahahahaha
Yaa~>Kalau Nak Belajar Masak Boleh Jer....Untuk Keluarga Sendiri Lepas Laaa....Tapi Taklah Setaraf Chef Wan.....Hehehehehe
Ezza~>Salam Perkenalan Juga Daripada KakLeen...Ada Ke Orang Yang Minat KakLeen Ni....Macam Artis Laaa Pulak...Ahaksss
Ouled Kenitra~> Jawapan Pantun Mu....
Dari Jauh Ku Sambut Lambaian
Lambaian Mesra Si Buah Hati
Agar Ouled Beroleh Ketenangan
Komen Penyelesaian Telah Diberi
LeeLin~>Ooooo Lin Orang Batu Pahat....Tak Sangka Kita Sekapal!
Jasmeen~>Terima Kasih Kerana Mengunjungi Fp KakLeen....Kalau Nak Jelajah Silakan....Kalau Nak Ciplak Pun Tak Kisah....Hanya Masakan Untuk Keluarga Sendiri.....


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016 | Powered by Womplify

ns4008464.ip-198-27-69.net